Nonton iklan bentar ya...!!!

Wednesday 31 August 2011

Sejarah pernikahan

nikah menurut bahasa ialah
berkumpul dan bercampur. Menurut
istilah syarak pula ialah ijab dan
qabul (‘aqad) yang menghalalkan
persetubuhan antara lelaki dan
perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan
nikah, menurut peraturan yang
ditentukan oleh Islam[1].
Perkataan zawaj digunakan di
dalam al-Quran bermaksud
pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud
perkahwinan Allah s.w.t.
menjadikan manusia itu
berpasang-pasangan,
menghalalkan perkahwinan dan
mengharamkan zina. Sejarah perkahwinan Agama-agama wahyu memperakui
bahawa perkahwinan pertama di
kalangan manusia berlaku antara
Nabi Adam a.s. bersama Hawa.
Perkahwinan ini berlaku dengan
suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada
mereka berdua. Ini merupakan
suatu sistem perkahwinan yang
disyariatkan bagi membiakkan
manusia untuk memerintah Bumi
dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith,
Perjanjian Lama dan Perjanjian
Baru turut menceritakan kejadian
Adam dan Hawa sebagai pasangan
pertama. Di dalam Perjanjian Lama
atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang
bermaksud, “Tuhan telah berkata
tidak baik Adam berkeseorangan
sahaja, maka Aku jadikan seorang
penolong sepertinya”. [2] Berkenaan dengan perkahwinan
anak-anak Adam sendiri tidaklah
dapat diketahui bagaimanakah
sistemnya yang sebenar. Di dalam
Tafsir Ibn Kathir, apa yang
diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa
orang sahabat yang lain,bahawa
mereka berkata yang bermaksud,
“Sesungguhnya tidak
diperanakkan bagi Adam anak
lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan,
kemudian anak lelaki kandungan
ini dikahwinkan dengan anak
perempuan dari kandungan lain,
dan anak perempuan bagi
kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan
yang lain itu.” Pada masa itu,
perkahwinan berlainan kandungan
boleh dijadikan seperti
perkahwinan berlainan keturunan. Jenis-jenis perkahwinan * Poligami adalah perkahwinan
lelaki dengan ramai wanita. Ia
diamalkan oleh hampir kesemua
bangsa di dunia ini. Mereka
mengamalkan poligami tanpa had
dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan
perkahwinan sehingga 130 orang
isteri. Pada syariat Yahudi, poligami
dibenarkan tanpa batas dan
menurut Islam, poligami hanya
dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang
tertentu. * Poliandri merupakah
perkahwinan yang berlaku antara
seorang perempuan dengan
beberapa orang lelaki (konsep
songsang dari poligami).
Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-
orang bukit di India dan
masyarakat jahiliah Arab.
Contohnya masyarakat
Juansuwaris apabila saudara lelaki
yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu menjadi isteri
untuk semua saudara-saudaranya.
Amalan ini merujuk kepada kitab
Mahabhrata. * Monogami merupakan cara
perkahwinan tunggal iaitu
perkahwinan antara seorang lelaki
dengan seorang perempuan sahaja.
Sesetengah agama seperti Kristian
mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap
perkahwinan antara seorang lelaki
dan seorang perempuan adalah
untuk sepanjang zaman. Oleh
kerana itulah penceraian tidak
diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik). Kedudukan perkahwinan dalam
Islam * Wajib kepada orang yang
mempunyai nafsu yang kuat
sehingga boleh menjatuhkan ke
lembah maksiat (zina dan
sebagainya) sedangkan ia seorang
yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar
mahar(mas berkahminan/dower)
dan mampu nafkah kepad bakal
isterinya. Dalam permasalahan ini
boleh didahulukan perkahwinan
dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika
dapat dikawal nafsu, maka ibadat
haji yang wajib perlu didahulukan
kerana beliau seorang yang
berkemampuan dalam segala
aspek. * Sunat kepada orang yang mampu
tetapi dapat mengawal nafsunya. * Harus kepada orang yang tidak
ada padanya galakan dan
bantahan untuk berkahwin dan ini
merupakan hukum asal
perkahwinan * Makruh kepada orang yang tidak
berkemampuan dari segi nafkah
batin dan lahir tetapi sekadar tidak
memberi kemudaratan kepada
isteri, samaada ia kaya atai tiada
nafsu yang kuat * Haram kepada orang yang tidak
berkempuan untuk memberi
nafkah batin dan lahir dan ia
sendiri tidak berkuasa (lemah),
tidak punya keinginan berkahwin
serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin. Hikmah perkahwinan * cara yang halal untuk
menyalurkanm nafsu seks.melalui
ini perzinan .liwat dan pelacuran
sebagainya dpat dielakan. * Untuk memperoleh ketenangan
hidup, kasih sayang dan
ketenteraman * Memelihara kesucian diri * Melaksanakan tuntutan syariat * Menjaga keturunan * Sebagai media pendidikan: Islam
begitu teliti dalam menyediakan
persekitaran yang sihat bagi
membesarkan anak-anak.Kanak-
kanak yang dibesarkan tanpa
perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus
dalam kegiatan tidak bermoral.
Oleh itu, institusi kekeluargaan
yang disyorkan Islam dilihat
medium yang sesuai sebagai
petunjuk dan pedoman kepada anak-anak * Mewujudkan kerjasama dan
tanggungjawab * Dapat mengeratkan silaturahim Dalil pensyariatan * Surah An-Nisaa’: ayat 1 & 3 * Surah An-Nuur: ayat 32 * Surah An-Nahl: ayat 72 * Surah Yaasin: ayat 36 * Surah Ar-Rum: ayat 21 * Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49 * Surah Luqman: ayat 10 * Surah Qaf: ayat 7 * Surah Asy-Syu’araa: ayat 7 Pemilihan calon Islam ada menggariskan beberapa
ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri
yang dituntut di dalam Islam.
Namun, ia hanyalah panduan dan
tiada paksaan untuk mengikut
panduan-panduan ini. Ciri-ciri bakal suami Sekadar gambar hiasan :
Perkahwinan antara Datuk Siti
Nurhaliza bersama Datuk Khalid * beriman & bertaqwa kepada Allah
s.w.t * bertanggungjawab terhadap
semua benda * memiliki akhlak-akhlak yang
terpuji * berilmu agama agar dapat
membimbing bakal isteri dan anak-
anak ke jalan yang benar * tidak berpenyakit yang berat
seperti gila, AIDS dan sebagainya * rajin berusaha untuk kebaikan
rumahtangga seperti mencari
rezeki yang halal untuk
kebahagiaan keluarga. Ciri-ciri bakal isteri * beriman & solehah * rupa paras yang cantik dan elok * memiliki akhlak-akhlak yang
terpuji * menentukan mas kahwin yang
rendah * wanita yang subur * masih dara * berasal dari keturunan yang baik * bukan keturunan terdekat Sebab haram nikah * Perempuan yang diharamkan
berkahwin oleh lelaki disebabkan
keturunannya (haram selamanya)
dan ia dijelaskan dalam surah an-
Nisa: Ayat 23 yang bermaksud,
“Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu,
adik-beradik kamu, emak saudara
sebelah bapa, emak saudara
sebelah ibu, anak saudara
perempuan bagi adik-beradik
lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik
perempuan.”: o Ibu o Nenek sebelah ibu mahupun bapa o Anak perempuan & keturunannya o Adik-beradik perempuan seibu
sebapa atau sebapa atau seibu o Anak perempuan kepada adik-
beradik lelaki mahupun
perempuan, iaitu semua anak
saudara perempuan o Emak saudara sebelah bapa
(adik-beradik bapa) o Emak saudara sebelah ibu (adik-
beradik ibu) * Perempuan yang diharamkan
kahwin oleh lelaki disebabkan
oleh susuan ialah: o Ibu susuan o Nenek dari sebelah ibu susuan o Adik-beradik perempuan susuan o Anak perempuan kepada adik-
beradik susuan lelaki atau
perempuan o Emak saudara sebelah ibu susuan
atau bapa susuan * Perempuan mahram bagi lelaki
kerana persemendaan ialah: o Ibu mentua dan ke atas o Ibu tiri o Nenek tiri o Menantu perempuan o Anak tiri perempuan dan
keturunannya o Adik ipar perempuan dan
keturunannya o Emak saudara kepada isteri * Anak saudara perempuan kepada
isteri dan keturunannya Peminangan Pertunangan atau bertunang
merupakan suatu ikatan janji pihak
lelaki dan perempuan untuk
melangsungkan perkahwinan
mengikut tarikh yang dipersetujui
oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan
masyarakat Melayu yang diterima
oleh Islam. Peminangan adalah
permulaan proses perkahwinan.
Hukum peminangan adalah harus
dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam
idah, dan bukan tunangan orang.
Pemberian seperti cincin kepada
wanita semasa peminangan
merupakan tanda ikatan
pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh
lelaki, pemberian tidak perlu
dikembalikan dan jika disebabkan
oleh wanita, maka hendaklah
dikembalikan, namun persetujuan
hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat
bakal suami dan bakal isteri adalah
sunat, kerana tidak mahu
penyesalan berlaku setelah
berumahtangga. Anggota yang
harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan
sahaja. Hadis Rasullullah berkenaan
kebenaran untuk merisik(melihat
tunang)dan meminang: “Daripada Abu Hurairah RA
berkata,sabda Rasullullah SAW
kepada seorang lelaki yang
hendak berkahwin dengan seorang
perempuan: “Adakah kamu telah
melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada
Rasullullah).Pergilah melihatnya
supaya perkahwinan kamu
terjamin berkekalan.” (Hadis
Riwayat Tarmizi dan Nasai) Hadis Rasullullah berkenaan
larangan meminang wanita yang
telah bertunang: “Daripada Ibnu Umar RA bahawa
Rasullullah SAW telah bersabda:
“Kamu tidak boleh meminang
tunang saudara kamu sehingga dia
(membuat ketetapan untuk)
memutuskannya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-
Syaikhan)) Nikah Rukun nikah * Pengantin lelaki * Pengantin perempuan * Wali * Dua orang saksi * Ijab dan kabul (akad nikah) Syarat bakal suami * Islam * Lelaki yang tertentu * Bukan lelaki mahram dengan
bakal isteri * Mengetahui wali yang sebenar
bagi akad nikah tersebut * Bukan dalam ihram haji atau
umrah * Dengan kerelaan sendiri dan
bukan paksaan * Tidak mempunyai empat orang
isteri yang sah dalam satu masa * Mengetahui bahawa perempuan
yang hendak dikahwini adalah sah
dijadikan isteri Syarat bakal isteri * Islam * Perempuan yang tertentu * Bukan perempuan mahram
dengan bakal suami * Bukan seorang khunsa * Bukan dalam ihram haji atau
umrah * Tidak dalam idah * Bukan isteri orang Syarat wali * Islam, bukan kafir dan murtad * Lelaki dan bukannya perempuan * Baligh * Dengan kerelaan sendiri dan
bukan paksaan * Bukan dalam ihram haji atau
umrah * Tidak fasik * Tidak cacat akal fikiran, terlalu
tua dan sebagainya * Merdeka * Tidak ditahan kuasanya daripada
membelanjakan hartanya Sebaiknya bakal isteri perlulah
menyetujui perkahwinannya
dengan bakal suami agar tidak
timbul sebarang masalah selepas
menjalani kehidupan sebagai
suami isteri.Ini juga bertujuan untuk menjaga hak asasi kaum
wanita itu sendiri.Sebab itu
juga,sebelum akad nikah(lafaz ijab
qabul berlangsung antara Wali/
wakil Wali).Wali/wakil Wali perlu
mendapatkan pengesahan/ kepastian sebenar dari bakal isteri/
wanita yang hendak dikahwinkan
tentang status kerelaannya untuk
disatukan. Jenis-jenis wali * Wali mujbir: Wali dari bapa
sendiri atau datuk sebelah bapa
(bapa kepada bapa) mempunyai
kuasa mewalikan perkahwinan
anak perempuannya atau cucu
perempuannya dengan persetujuannya atau tidak
(sebaiknya perlu mendapatkan
kerelaan bakal isteri yang hendak
dikahwinkan) * Wali aqrab: Wali terdekat
mengikut susunan yang layak dan
berhak menjadi wali * Wali ab’ad: Wali yang jauh
sedikit mengikut susunan yang
layak menjadi wali, jika ketiadaan
wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad
ini akan berpindah kepada wali
ab’ad lain seterusnya mengikut susuna tersebut jika tiada yang
terdekat lagi. * Wali raja/hakim: Wali yang
diberi kuasa atau ditauliahkan oleh
pemerintah atau pihak berkuasa
negeri kepada orang yang telah
dilantik menjalankan tugas ini
dengan sebab-sebab tertentu Syarat-syarat saksi * Sekurang-kurangya dua orang * Islam * Berakal * Baligh * Lelaki * Memahami kandungan lafaz ijab
dan qabul * Boleh mendengar, melihat dan
bercakap * Adil (Tidak melakukan dosa-dosa
besar dan tidak berterusan
melakukan dosa-dosa kecil) * Merdeka Syarat ijab * Pernikahan nikah hendaklah
tepat * Tidak boleh menggunakan
perkataan sindiran * Diucapkan oleh wali atau
wakilnya * Tidak diikatkan dengan tempoh
waktu seperti mutaah(nikah
kontrak e.g.perkahwinan(ikatan
suami isteri) yang sah dalam
tempoh tertentu seperti yang
dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah) * Tidak secara taklik(tiada sebutan
prasyarat sewaktu ijab dilafazkan) Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil
Wali berkata kepada bakal
suami:”Aku nikahkan/kahwinkan
engkau dengan Diana Binti Daniel
dengan mas kahwinnya/bayaran
perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai”. Syarat qabul * Ucapan mestilah sesuai dengan
ucapan ijab * Tiada perkataan sindiran * Dilafazkan oleh bakal suami atau
wakilnya (atas sebab-sebab
tertentu) * Tidak diikatkan dengan tempoh
waktu seperti mutaah(seperti
nikah kontrak) * Tidak secara taklik(tiada sebutan
prasyarat sewaktu qabul
dilafazkan) * Menyebut nama bakal isteri * Tidak diselangi dengan
perkataan lain Contoh sebuatan qabul(akan
dilafazkan oleh bakal suami):”Aku
terima nikah/perkahwinanku
dengan Diana Binti Daniel dengan
mas kahwinnya/bayaran
perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai” ATAU “Aku terima
Diana Binti Daniel sebagai isteriku”. Selepas qabul dilafazkan Wali/
wakil Wali akan mendapatkan
pengikhtirafan/kesaksian dari para
hadirin khususnya dari saksi
perkahwinan dengan cara meminta
saksi mengatakan lafaz “Sah” atau perkataan lain yang sama maksud
dengan perkataan itu. Selanjutnya Wali/wakil Wali akan
membaca doa selamat agar
perkahwinan suami isteri itu
berkekalan dan berbahagia
sepanjang kehidupan mereka serta
doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin Sejurus itu,mas kahwan/bayaran
perkawinan/mahar akan
diserahkan kepada pihak isteri dan
selalunya sebentuk cincin akan
disarungkan kepada jari manis
isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan
atau simbol pertalian kebahagian
suami isteri.Aktiviti ini diteruskan
dengan suami mengucup/mencium
isteri.Aktiviti ini disebut sebagai
“Pembatalan Wuduk”.Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan
suami dan isteri itu diminta untuk
berwuduk terlebih dahulu. Suami isteri juga diminta untuk
solat sunat nikah sebagai tanda
kesyukuran selepas perkahwinan
berlangsung.Perkahwinan Islam
sememangnya mudah kerana ia
tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak
aset-aset perkahwinan disamping
mas kahwin,hantaran atau majlis
keramaian(walimatul urus)yang
tidak perlu membebankan atau
membazir.Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan
perkahwinan dan mengapakah
perlu melakukan zina? Wakil Wali/ Qadi Wakil wali/Qadi adalah orang
yang dipertanggungjawabkan oleh
institusi Masjid atau jabatan/pusat
Islam untuk menerima tuntutan
para Wali untuk menikahkan/
mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami.Segala urusan
perkahwinan,penyedian aset
perkahwian seperti mas
kahwin,barangan hantaran
(hadiah),penyedian tempat
berkahwin,jamuan makanan kepada para hadirin dan lain-lain
adalah tanggungan pihak suami
isteri itu. Qadi hanya perlu
memastikan aset-aset itu telah
disediakan supaya urusan
perkahwinan berjalan lancar.Disamping
tanggungjawabnya
mengahwinkan suami isteri
berjalan dengan dengan
sempurna,Qadi perlu
menyempurnakan dokumen- dokumen berkaitan perkahwinan
seperti sijil perkahwinan dan
pengesahan suami isteri di pihak
tertinggi seperti jabatan Islam dan
jabatan pendaftaran negara.Ini
bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan
terpelihara.Qadi selalunya dilantik
dari kalangan orang-orang alim
(yang mempunyai pengetahuan
dalam agama Islam dengan luas)
seperti Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya.Qadi juga
mesti merupakan seorang lelaki
Islam yang sudah merdeka dan
akhil baligh. Mahar Mahar ialah pemberian yang wajib
diberikan oleh lelaki kepada
perempuan yang bakal menjadi
isterinya. Ia juga disebut sebagai
mas kahwin. Hukumnya adalah
wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib
dibayar akan ditentukan oleh
walinya jika perempuan itu masih
kecil, tetapi sudah baligh atau
janda boleh ditentukan oleh
perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang
mempunyai nilai atau faedah
tertentu berdasarkan persetujuan
bersama seperti rumah, kebun,
mengajar atau membaca al-Quran,
mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah
sembahyang, pakaian sembahyang
atau sebagainya. Malah ia boleh
dibayar secara tunai, bertangguh
atau berhutang. Jika mahar
berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan
persetubuhan atau persetubuhan
secara syubhah atau salah seorang
mati. Jika suaminya mati, waris
suami wajib membayarnya kepada
ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar
wajib dibayar separuh daripada
nilainya kepada bekas isterinya,
jika sudah dibayar tetapi belum
bersetubuh, maka isteri wajib
memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta
fasakh, mereka belum bersetubuh,
dan mahar masih berhutang,
suaminya tidak wajib
membayarnya. Jika sudah dibayar,
bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut. Jenis mahar * Mahar misil : mahar yang dinilai
berdasarkan mahar saudara
perempuan yang telah berkahwin
sebelumnya * Mahar muthamma : mahar yang
dinilai berdasarkan keadaan,
kedudukan, atau ditentukan oleh
perempuan atau walinya. Walimatulurus Walimatulurus atau kenduri
kahwin sunat(seperti majlis
santapan makanan)diadakan dan
menerima jemputannya adalah
wajib (terdapat ulama mengatakan
sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang
ramai mengenai perkahwinan
tersebut, mengelakkan sangkaan
buruk orang ramai sekiranya
terjadi sesuatu perkata dan
saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan
mendoakan kebahagiaan
rumahtangga mereka. Terdapat
beberapa adab dalam
walimatulurus seperti dilakukan
selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan
seperti didahulukan saudara-mara,
kaum kerabat dari kedua-dua
pihak, jiran dan rakan kenalan;
bagi pengantin wanita hendaklah
mengikut sunah Nabi MuhammadSAW dengan cara
bersederhana dan tidak unsur
mehah, maksiat dan kemungkaran;
dilarang sama sekali berhutang
yang membebankan.Dalam
menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya
mengikut adat resam bangsa
masing-masing adalah
dibolehkan,namun perlu diingat
agar penganjurannya perlulah
selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa
gharar(was-was)dalamnya.Juga
tidak mempunyai pengaruh adat
berunsur keagamaan dan
kepercayaan yang dicedok dari
agama lain.Islammelarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi
adat kebiasaan dalam masyarakat
melayu khususnya kerana
perbuatan tersebut telah
menampakkan pengaruh Hindu-
Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain
memperlihatkan pasangan
pengantin yang bergaya dan
bersolek secara terus kepada
hadirin.Hal ini akan pasti akan
menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan
menimbulkan rasa(seperti
cemburu,gersang dan was-was)dari
kalangan hadirin yang melihat
aktiviti persandingan tersebut. Konsep yang diharamkan dalam
Islam Konsep rahbaniyah Perkataan rahbaniyah bermasud
kerahiban atau kependetaan, atau
kehidupan paderi. Di dalam Islam,
membujang tidak dianggap sebagi
satu etika atau cara bagi
mendekatkan diri dengan Tuhan seperti yang dilakukan oleh agama
Kristian, Buddha, Jain dan
sebagainya. Sebagai contoh, agama
Buddha ada menyebut tiga aspek
yang perlu dimiliki oleh seorang
sami iaitu kefakiran, ketabahan dan kelanjangan (membujang).
Mengikut agama Buddha, jika
seseorang mahu membebaskan
dirinya dari nafsu duniawi dan
keperluan jasmaniah maka ia akan
sampai kepada hakikat diri yang sebenarnya dan dapatlah ia masuk
ke dalam Nirwana Dalam agama Kristian ada ajaran
yang menggalakkan penganutnya
mengamalkan hidup membujang.
Sejak abad ke-5 lagi, orang begitu
kagum dengan golongan paderi
yang hidup membujang dan sekiranya golongan paderi mahu
dihormati dan mengekalkan kuasa
mereka, amatlah berfaedah
sekiranya mereka memisahkan diri
mereka dari orang biasa dengan
cara menjauhkan diri dari perkahwinan. Mereka juga
berpendapat bahawa paderi yang
berkahwin lebih rendah tarafnya
dari paderi yang terus membujang
kerana perkahwinan bererti
tunduk kepada nafsu. Saint Paul berkata, “Sekiranya mereka tidak
boleh tahan, biarlah mereka
berkahwin akan tetapi seseorang
yang benar-benar suci mesti
sanggup menahan diri dari
berkahwin.” Oleh yang demikian, taraf membujang di kalangan
paderi dianggap memelihara moral
gereja . Selain itu, perkahwinan juga
ditolak oleh golongan bukan paderi
mahupun sami seperti golongan
yang terlalu sibuk mengejar
kekayaan material dan memberi
alasan kesibukan bekerja sebagai penghalang membina
rumahtangga. Konsep ibahiyah Istilah ibahiyah diambil dari
perkataan yang bermaksud
membolehkan. Selain itu, ibahiyah
membawa maksud membolehkan
atau membebaskan tanpa batas
seperti pergaulan seks bebas, homoseksual, lesbian dan
sebagainya. Gejala sebegini wujud
kerana sikap mereka yang
menolak konsep institusi
perkahwinan. Pergaulan bebas: Pendirian Islam
dalam pertemuan antara lelaki dan
perempuan adalah tidak
diharamkan sebaliknya ia
diharuskan atau dituntut jika ia
menjurus kepada matlamat yang mulia seperti mencari ilmu yang
bermanfaat, amal ibadat, perkara
kebajikan, jihad dan perkara-
perkara lain yang memerlukan
pengembelingan tenaga antara
kedua-duanya. Namun setelah meluaskan arus pemikiran Barat
dan seruan kebebasan wanita,
pergaulan bebas telah digariskan
oleh al-Qardhawi sebagai * keruntuhan akhlak * wujudnya anak-anak yang tidak
sah tarafnya (anak luar nikah) * Merebaknya pelbagai penyakit
membahaya * Banyaknya terdapat andartu
serta lelaki yang terus membujang * Berlakunya keruntuhan
rumahtangga kerana perkara-
perkara yang remeh Amalan seks bebas: Kegilaan Barat
yang memilih cara hidup
‘hidonistik’ iaitu mementingkan
keseronokan dan tidak terikat
dengan tanggungjawab
menyebabkan amalan seks rambang dan bebas berleluasa dan
mempengaruhi masyarakat dari
benua lain untuk bersama mereka
mengejar keseronokan duniawi
tanpa mempedulikan dunia selepas
mati. Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan Singapura
(MOH) sebanyak 18.7% daripada
13,753 kes pengguguran
kandungan dilakukan di Singapura
pada tahun 1999 melibatkan
wanita Melayu atau Islam. Menurut MOH lagi, hampir 41% pengguguran
dilakukan oleh wanita dari semua
kaum dan agama yang belum
berkahwin, janda dan berpisah
dengan suami Homoseksual & Lesbian: Pasangan
homoseksual atau gay lebih
dikenali sebagai perhubungan
antara lelaki dengan lelaki dan
lesbian sebagai perhubungan
antara wanita dengan wanita. Mereka menjalani hidup seperti
suami isteri dan beberapa negara
Barat telah menghalalkan
perkahwinan sejenis. Bahkan
sesetengah gereja dan paderi terus
meraikan perkahwinan yang sememangnya dihalang oleh
semua agama termasuk Kristian
sendiri. Manakala di Malaysia,
pertubuhan seperti Human Right
Watch bagi rantau Asia menyeru
supaya Malaysia menghalalkan homoseksualiti dan lesbian. Artikel
seperti “Homosexuality is not a
Sin”menjelaskan hujah-hujah yang
dilihat secara sepintas lalu ianya
boleh menyakinkan orang ramai..
Selain itu akhbar The Star pada 26 Mei 1998 pernah melaporkan
semasa pelancaran ‘Women’s
Agenda For Change’, Avy Joseph
ada menyebut bahawa kita perlu
membenarkan lesbianisme sebagai
tanda masyarakat yang toleran

No comments: