Nonton iklan bentar ya...!!!

Sunday 2 October 2011

Janji AllahUntuk Orang yangBertaqwa

Hasil mujahadah yang tinggi, serius
serta istiqamah, Allah akan kurniakan
kepada kita sifat taqwa. Bermacam-
macam kebaikan yang Allah janjikan
dalam Al Quran kepada mereka yang
memiliki sifat taqwa ini. Ini adalah janji Allah yang pasti tepat dan pasti
ditunaikan-Nya. Ia tidak terhingga
nilainya yang tidak dapat diukur
dengan mana-mana mata wang di
dunia ini. Di antara janji-janji Allah kepada
mereka yang memiliki sifat taqwa ini
ialah: 1. Terpimpin Mereka mendapat pimpinan daripada
Allah. Ini jelas sekali melalui firman
Allah: surat:45 ayat:19 Maksudnya: “Allah menjadi
(Pemimpin) Pembela bagi orang-
orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah:
19) 2. Terlepas dari kesusahan Mereka dapat terlepas daripada
kesusahan. Bukan ertinya mereka
tidak mendapat susah atau tidak
ditimpa ujian tetapi selepas kesusahan
dan ujian, mereka akan terselamat.
Walaupun ada pelbagai rintangan dalam ujian itu, ia sementara waktu
sahaja. Selepas itu Allah akan
lepaskan dari ujian dan rintangan itu
dengan menghadiahkan pelbagai
macam nikmat pula. Ini jelas dalam
firman Allah: surat:65 ayat:2 Maksudnya: “Barangsiapa yang
bertaqwa kepada Allah, Allah akan
lepaskan dia dari masalah
hidup.” (At Thalaq: 2) 3. Rezeki Di dunia lagi akan diberi rezeki yang
tidak tahu dari mana sumber
datangnya. Diberi rezeki yang tidak
terduga dan dirancang. Ini jelas dalam
sambungan ayat tadi: surat:65 ayat:3 Maksudnya: “Dan akan diberi
rezeki sekira-kira tidak diketahui
dari mana sumbernya.” (At Thalaq:
3) Inilah jaminan daripada Allah SWT
bagi mereka yang bertaqwa. Sesiapa
yang bertaqwa, rezekinya ada
sekadar yang perlu. Makan minumnya
yang perlu tetap ada walaupun dia
tidak berusaha. Walaupun dia tidak ada kerja, tetap ada jaminan daripada
Allah. Ini diakui sendiri oleh Imam
Ghazali, mungkin ianya dari
pengalaman beliau sendiri. Imam
Ghazali pernah berkata: “Kalau
sekalipun orang bertaqwa itu tidak ada kerja, keperluan-keperluannya
tetap diperolehinya.” Waktu makan akan diberi makanan.
Jika patut dapat pakaian, akan diberi
pakaian. Dia sendiri tidak tahu dari
mana sumbernya kerana ianya bukan
daripada usaha dan cariannya sendiri.
Dia dapat rezeki bukan melalui sumber usahanya tetapi melalui
sumber usaha orang lain. Kalau
taqwanya secara jemaah, maka rezeki
itu diberi secara berjemaah. Sekiranya
taqwanya secara individu, maka
secara individu jugalah pemberian Allah itu. 4. Kerja dipermudah Kerja-kerja orang yang bertaqwa itu
dipermudahkan Allah. Ini jelas Allah
gambarkan di dalam sepotong ayat: surat:65 ayat:4 Maksudnya: “Barangsiapa yang
bertaqwa kepada Allah,
dipermudahkan Allah segala
urusannya.” (At Thalaq: 4) Allah memberi jaminan, kerja orang
yang bertaqwa itu dipermudahkan.
Mungkin juga di samping mudah,
hasilnya banyak. Buat sedikit, hasilnya
banyak. Jadi kalaulah kita buat kerja
berhempas-pulas, di samping hempas-pulas banyak pula rintangan,
kemudian hasilnya pula sedikit atau
langsung tidak ada, itu menunjukkan
kita belum mempunyai sifat taqwa
hinggakan Allah tidak membantu. 5. Diberi berkat Dia diberi berkat daripada langit dan
bumi. Berkat pada hartanya, pada
kesihatan badannya, pada ilmunya,
pada anak-anak dan zuriatnya, pada
isterinya, pada suaminya, pada
sahabat handai dan jiran, pada gurunya, berkat dakwahnya, berkat
ajarannya, berkat pimpinannya dan
sebagainya. Ini jelas sekali dalam ayat: surat:7 ayat:96 Maksudnya: “Jikalau penduduk
sebuah kampung (atau sebuah
negara) itu beriman dan bertaqwa,
Tuhan akan bukakan berkat
daripada langit dan bumi.” (Al A’raf:
96) Berkat maknanya bertambah atau
subur. Apabila dikatakan hidupnya
berkat, maknanya hidupnya penuh
dengan kemuliaan, ketenangan,
kebahagiaan dan penuh dengan
pahala. Hartanya berkat, harta yang tidak putus-putus dapat disalurkan
kepada kebaikan dan berpahala
walaupun dia bukan orang kaya.
Ilmunya berkat, maknanya ilmu yang
dimilikinya itu dapat diamalkan,
bertambah dan dapat dimanfaatkan kepada kebaikan serta
menambahkan pahala. Badannya yang sihat yang dikatakan
berkat itu adalah badan yang dapat
digunakan untuk kebaikan. Dengan
kesihatan badannya itu,
digunakannya untuk jihad fisabilillah,
untuk khidmat kepada masyarakat dan dapat menambahkan pahalanya.
Masanya berkat ialah masa yang Allah
untukkan padanya, dapat digunakan
kepada kebaikan. Dia tidak buang
masa percuma dengan perkara yang
melalaikan. Umurnya berkat, mungkin umurnya bertambah. Kalaupun
umurnya tidak bertambah, tetapi
umur yang diberikan kepadanya itu
akan menambahkan pahala.
Rezekinya berkat yakni rezeki yang
tidak putus-putus sekalipun tidak kaya, yang dapat digunakan untuk
kebaikan dan dapat menambahkan
pahala. Berkat pada anak-anaknya atau zuriat
ertinya, anak-anak dan cucu cicit
berjaya menjadi anak-anak yang
soleh, yang menjadi penyejuk mata
hati. Berkat pada isterinya atau
suaminya, iaitu isteri tersebut atau suami itu soleh dan solehah, yang
dapat mengingat dan memimpinnya
selamat di dunia dan di Akhirat. Berkat
pada sahabat handai dan jiran, ertinya
mendapat sahabat yang baik-baik
dan ramai pula yang membantu perjuangannya untuk menegakkan
kebenaran. Berkat pada gurunya, iaitu
dia mendapat guru yang soleh yang
dapat memimpin dan memandunya
selamat di dunia dan Akhirat. 6. Amalan diterima Amal ibadah orang yang bertaqwa
diterima oleh Allah. Kalau begitu amal
ibadah orang Islam tidak diterima.
Orang Islam akan masuk Neraka dulu.
Oleh yang demikian, hanya amal
ibadah orang yang bertaqwa sahaja yang diterima oleh Allah. Ini dijelaskan
oleh Allah: surat:5 ayat:27 Maksudnya: “Sesungguhnya amal
ibadah yang diterima Allah ialah
dari orang yang bertaqwa.” (Al
Maidah: 27) Maksudnya, Allah hanya menerima
sembahyang orang yang bertaqwa.
Allah tidak akan terima sembahyang
orang yang sekadar Islam. Allah akan
terima puasa orang bertaqwa. Allah
akan terima perjuangan orang yang bertaqwa. Allah tidak akan terima
perjuangan orang Islam. Allah akan
terima haji orang yang bertaqwa.
Allah tidak akan terima haji orang
Islam. Begitulah seterusnya
berdasarkan ayat di atas tadi. 7. Amalannya diperbaiki Amalan orang yang bertaqwa itu
sentiasa dibaiki oleh Allah. Sentiasa
diperkemaskan oleh Allah daripada
masa ke semasa. Ini jelas Allah
mengingatkan kepada kita: surat:33 ayat:70 surat:33 ayat:71 Maksudnya: “Wahai mereka yang
beriman hendaklah kamu takut
kepada Allah. Hendaklah kamu
memperkatakan kata-kata yang
teguh; nescaya Allah akan
membaiki amalanamalan kamu...” (Al Ahzab: 70-71) Jadi orang-orang yang bertaqwa
amalannya sentiasa dibaiki oleh Allah.
Sembahyangnya sentiasa dibaiki
Allah. Begitu juga puasanya, bacaan
Qurannya, wiridnya dan
perjuangannya sentiasa dibaiki. Apa sahaja bentuk kebaikan yang
dibuatnya sentiasa dibaiki oleh Allah
dari masa ke semasa. Itulah jaminan
Allah. 8. Dosa diampunkan Dosanya diampunkan. Dalam ayat tadi
juga ada sambungannya: surat:33 ayat:70 surat:33 ayat:71 Maksudnya: “Wahai mereka yang
beriman, hendaklah kamu takut
kepada Allah. Hendaklah kamu
memperkatakan kata-kata yang
teguh; nescaya Allah akan
membaiki amalan- amalan kamu dan akan mengampun bagimu
dosa-dosa kamu.” (Al Ahzab: 70-71) Ertinya dosa-dosa orang-orang yang
bertaqwa ini akan diampunkan.
Namun begitu orang Islam dosanya
tidak diampunkan oleh Allah. Sebab
itu orang Islam akan masuk Neraka
dulu dan barulah ke Syurga. Wal’iyazubillah. Allahumma ajirna
minan nar ( ). Tegasnya, orang yang
bertaqwa sahaja akan diampunkan
dosanya oleh Allah SWT. 9. Dapat ilmu tanpa belajar Diberi ilmu tanpa belajar. Yakni diberi
ilmu terus jatuh pada hati. Memanglah
ilmu yang jatuh kepada hati, tidak
perlu proses belajar. Kalau ilmu yang
jatuh pada akal, ia perlu melalui
proses belajar yakni membaca, mentelaah, kena berguru, kena
bermuzakarah, kena berfikir dan
merenung. Barulah akan dapat ilmu
itu. Sedangkan ilmu yang jatuh pada
hati, tidak diketahui sumbernya, tidak
perlu berfikir, mentelaah dan tanpa berguru. Ia terus terjatuh sahaja ke
hati. Hati itu sebagai wadahnya. Jadi
orang yang bertaqwa ini diberi ilmu
tanpa belajar. Ini jelas Allah nyatakan
dalam ayat Al Quran: surat:2 ayat:282 Maksudnya: “Bertaqwalah kepada
Allah nescaya Allah akan mengajar
kamu.” (Al Baqarah: 282) Dapat ilmu daripada Allah tanpa
perantaraan guru, tanpa perantaraan
belajar. Hal ini diperkuatkan oleh
sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Barangsiapa yang
mengamalkan ilmu yang dia tahu,
nanti dia akan dipusakakan ilmu yang
dia tidak tahu.” (Dikeluarkan oleh Abu
Nuaim) Apa sahaja ilmu yang dia tahu,
diamalkan. Hasilnya nanti Allah akan
beri ilmu tanpa dia belajar. Ramai
orang-orang soleh dan ulama yang
soleh diberi ilmu laduni. Itulah ilmu
yang jatuh kepada hati yang juga dipanggil ilham. Firman Allah Taala: surat:18 ayat:65 Maksudnya: “Dan Kami ajarkan dia
ilmu yang datang dari dari sisi
Kami.” (Al Kahfi: 65) Ertinya orang yang bertaqwa itu akan
diberi ilmu terus dari Allah tanpa
wasilah guru. Agar tidak terkeliru,
perlulah diingat bahawa orang yang
hendak dapat ilmu laduni itu, dia mesti
ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain terlebih dahulu. 10. Terlepas dari tipu daya
syaitan Orang bertaqwa itu akan terlepas dari
tipu daya syaitan. Dalam Al Quran ada
disebutkan tentang hal ini. Firman
Allah: surat:7 ayat:201 Maksudnya: “Sesungguhnya orang
yang bertaqwa apabila mereka
ditimpa was-was dari syaitan,
mereka ingat kepada Allah, maka
ketika itu juga mereka melihat
kesalahan- kesalahan mereka.” (Al A’raf: 201) 11. Terlepas dari tipu daya
musuh Orang bertaqwa juga lepas daripada
tipu daya musuh lahir sama ada orang
kafir mahupun orang munafik. Firman
Allah: surat:3 ayat:120 Maksudnya: “Jika kamu bersabar
dan bertaqwa, nescaya tipu daya
mereka sedikit pun tidak
mendatangkan kemudharatan
kepadamu. Sesungguhnya Allah
mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (Ali Imran: 120) 12. Terhindar dari Neraka Orang bertaqwa terhindar daripada
Neraka. Ertinya tentulah dia masuk
Syurga sebab di Akhirat tidak ada tiga
tempat. Kalau terlepas daripada
Neraka, bermakna ke Syurgalah dia.
Firman Allah Taala: surat:3 ayat:198 Maksudnya: “Akan tetapi orang
yang bertaqwa kepada Tuhannya,
bagi mereka Syurga yang mengalir
di dalamnya sungai-sungai, sedang
mereka kekal di dalamnya.” (Ali
Imran: 198) surat:15 ayat:45 surat:15 ayat:46 Maksudnya: “Sesungguhnya orang
yang bertaqwa itu berada dalam
Syurga dan (di dalamnya mengalir)
mata air. (Dikatakan kepada
mereka): ‘Masuklah ke dalamnya
dengan sejahtera lagi aman’.” (Al Hijr: 45-46)surat:19 ayat:63 Maksudnya: “Itulah Syurga yang
akan Kami wariskan kepada
hamba-hamba Kami yang selalu
bertaqwa.” (Maryam: 63) Inilah di antara keuntungan-
keuntungan atau bonus yang
diperolehi oleh orang yang bertaqwa.
Kesemua itu tidak dapat dinilai
dengan mata wang dunia kerana
terlalu tinggi nilainya. Ia didapatkan hasil daripada membersihkan hati,
mujahadah bersungguh-sungguh
membuang sifat-sifat mazmumah dan
menyuburkan sifat mahmudah serta
mengamalkan syariat yang lahir dan
batin. Kalau di dunia ini kita berebut- rebut untuk dapatkan bonus yang
tidak ada nilai di sisi Allah itu,
mengapa kita tidak rebut bonus
taqwa yang manfaatnya untuk dunia
dan Akhirat? Kalau tidak mahu bonus
itu, orang bodoh namanya. Bodoh Akhirat!a istiqamah, Allah akan kurniakan
kepada kita sifat taqwa. Bermacam-
macam kebaikan yang Allah janjikan
dalam Al Quran kepada mereka yang
memiliki sifat taqwa ini. Ini adalah janji Allah yang pasti tepat dan pasti
ditunaikan-Nya. Ia tidak terhingga
nilainya yang tidak dapat diukur
dengan mana-mana mata wang di
dunia ini. Di antara janji-janji Allah kepada
mereka yang memiliki sifat taqwa ini
ialah: 1. Terpimpin Mereka mendapat pimpinan daripada
Allah. Ini jelas sekali melalui firman
Allah: surat:45 ayat:19 Maksudnya: “Allah menjadi
(Pemimpin) Pembela bagi orang-
orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah:
19) 2. Terlepas dari kesusahan Mereka dapat terlepas daripada
kesusahan. Bukan ertinya mereka
tidak mendapat susah atau tidak
ditimpa ujian tetapi selepas kesusahan
dan ujian, mereka akan terselamat.
Walaupun ada pelbagai rintangan dalam ujian itu, ia sementara waktu
sahaja. Selepas itu Allah akan
lepaskan dari ujian dan rintangan itu
dengan menghadiahkan pelbagai
macam nikmat pula. Ini jelas dalam
firman Allah: surat:65 ayat:2 Maksudnya: “Barangsiapa yang
bertaqwa kepada Allah, Allah akan
lepaskan dia dari masalah
hidup.” (At Thalaq: 2) 3. Rezeki Di dunia lagi akan diberi rezeki yang
tidak tahu dari mana sumber
datangnya. Diberi rezeki yang tidak
terduga dan dirancang. Ini jelas dalam
sambungan ayat tadi: surat:65 ayat:3 Maksudnya: “Dan akan diberi
rezeki sekira-kira tidak diketahui
dari mana sumbernya.” (At Thalaq:
3) Inilah jaminan daripada Allah SWT
bagi mereka yang bertaqwa. Sesiapa
yang bertaqwa, rezekinya ada
sekadar yang perlu. Makan minumnya
yang perlu tetap ada walaupun dia
tidak berusaha. Walaupun dia tidak ada kerja, tetap ada jaminan daripada
Allah. Ini diakui sendiri oleh Imam
Ghazali, mungkin ianya dari
pengalaman beliau sendiri. Imam
Ghazali pernah berkata: “Kalau
sekalipun orang bertaqwa itu tidak ada kerja, keperluan-keperluannya
tetap diperolehinya.” Waktu makan akan diberi makanan.
Jika patut dapat pakaian, akan diberi
pakaian. Dia sendiri tidak tahu dari
mana sumbernya kerana ianya bukan
daripada usaha dan cariannya sendiri.
Dia dapat rezeki bukan melalui sumber usahanya tetapi melalui
sumber usaha orang lain. Kalau
taqwanya secara jemaah, maka rezeki
itu diberi secara berjemaah. Sekiranya
taqwanya secara individu, maka
secara individu jugalah pemberian Allah itu. 4. Kerja dipermudah Kerja-kerja orang yang bertaqwa itu
dipermudahkan Allah. Ini jelas Allah
gambarkan di dalam sepotong ayat: surat:65 ayat:4 Maksudnya: “Barangsiapa yang
bertaqwa kepada Allah,
dipermudahkan Allah segala
urusannya.” (At Thalaq: 4) Allah memberi jaminan, kerja orang
yang bertaqwa itu dipermudahkan.
Mungkin juga di samping mudah,
hasilnya banyak. Buat sedikit, hasilnya
banyak. Jadi kalaulah kita buat kerja
berhempas-pulas, di samping hempas-pulas banyak pula rintangan,
kemudian hasilnya pula sedikit atau
langsung tidak ada, itu menunjukkan
kita belum mempunyai sifat taqwa
hinggakan Allah tidak membantu. 5. Diberi berkat Dia diberi berkat daripada langit dan
bumi. Berkat pada hartanya, pada
kesihatan badannya, pada ilmunya,
pada anak-anak dan zuriatnya, pada
isterinya, pada suaminya, pada
sahabat handai dan jiran, pada gurunya, berkat dakwahnya, berkat
ajarannya, berkat pimpinannya dan
sebagainya. Ini jelas sekali dalam ayat: surat:7 ayat:96 Maksudnya: “Jikalau penduduk
sebuah kampung (atau sebuah
negara) itu beriman dan bertaqwa,
Tuhan akan bukakan berkat
daripada langit dan bumi.” (Al A’raf:
96) Berkat maknanya bertambah atau
subur. Apabila dikatakan hidupnya
berkat, maknanya hidupnya penuh
dengan kemuliaan, ketenangan,
kebahagiaan dan penuh dengan
pahala. Hartanya berkat, harta yang tidak putus-putus dapat disalurkan
kepada kebaikan dan berpahala
walaupun dia bukan orang kaya.
Ilmunya berkat, maknanya ilmu yang
dimilikinya itu dapat diamalkan,
bertambah dan dapat dimanfaatkan kepada kebaikan serta
menambahkan pahala. Badannya yang sihat yang dikatakan
berkat itu adalah badan yang dapat
digunakan untuk kebaikan. Dengan
kesihatan badannya itu,
digunakannya untuk jihad fisabilillah,
untuk khidmat kepada masyarakat dan dapat menambahkan pahalanya.
Masanya berkat ialah masa yang Allah
untukkan padanya, dapat digunakan
kepada kebaikan. Dia tidak buang
masa percuma dengan perkara yang
melalaikan. Umurnya berkat, mungkin umurnya bertambah. Kalaupun
umurnya tidak bertambah, tetapi
umur yang diberikan kepadanya itu
akan menambahkan pahala.
Rezekinya berkat yakni rezeki yang
tidak putus-putus sekalipun tidak kaya, yang dapat digunakan untuk
kebaikan dan dapat menambahkan
pahala. Berkat pada anak-anaknya atau zuriat
ertinya, anak-anak dan cucu cicit
berjaya menjadi anak-anak yang
soleh, yang menjadi penyejuk mata
hati. Berkat pada isterinya atau
suaminya, iaitu isteri tersebut atau suami itu soleh dan solehah, yang
dapat mengingat dan memimpinnya
selamat di dunia dan di Akhirat. Berkat
pada sahabat handai dan jiran, ertinya
mendapat sahabat yang baik-baik
dan ramai pula yang membantu perjuangannya untuk menegakkan
kebenaran. Berkat pada gurunya, iaitu
dia mendapat guru yang soleh yang
dapat memimpin dan memandunya
selamat di dunia dan Akhirat. 6. Amalan diterima Amal ibadah orang yang bertaqwa
diterima oleh Allah. Kalau begitu amal
ibadah orang Islam tidak diterima.
Orang Islam akan masuk Neraka dulu.
Oleh yang demikian, hanya amal
ibadah orang yang bertaqwa sahaja yang diterima oleh Allah. Ini dijelaskan
oleh Allah: surat:5 ayat:27 Maksudnya: “Sesungguhnya amal
ibadah yang diterima Allah ialah
dari orang yang bertaqwa.” (Al
Maidah: 27) Maksudnya, Allah hanya menerima
sembahyang orang yang bertaqwa.
Allah tidak akan terima sembahyang
orang yang sekadar Islam. Allah akan
terima puasa orang bertaqwa. Allah
akan terima perjuangan orang yang bertaqwa. Allah tidak akan terima
perjuangan orang Islam. Allah akan
terima haji orang yang bertaqwa.
Allah tidak akan terima haji orang
Islam. Begitulah seterusnya
berdasarkan ayat di atas tadi. 7. Amalannya diperbaiki Amalan orang yang bertaqwa itu
sentiasa dibaiki oleh Allah. Sentiasa
diperkemaskan oleh Allah daripada
masa ke semasa. Ini jelas Allah
mengingatkan kepada kita: surat:33 ayat:70 surat:33 ayat:71 Maksudnya: “Wahai mereka yang
beriman hendaklah kamu takut
kepada Allah. Hendaklah kamu
memperkatakan kata-kata yang
teguh; nescaya Allah akan
membaiki amalanamalan kamu...” (Al Ahzab: 70-71) Jadi orang-orang yang bertaqwa
amalannya sentiasa dibaiki oleh Allah.
Sembahyangnya sentiasa dibaiki
Allah. Begitu juga puasanya, bacaan
Qurannya, wiridnya dan
perjuangannya sentiasa dibaiki. Apa sahaja bentuk kebaikan yang
dibuatnya sentiasa dibaiki oleh Allah
dari masa ke semasa. Itulah jaminan
Allah. 8. Dosa diampunkan Dosanya diampunkan. Dalam ayat tadi
juga ada sambungannya: surat:33 ayat:70 surat:33 ayat:71 Maksudnya: “Wahai mereka yang
beriman, hendaklah kamu takut
kepada Allah. Hendaklah kamu
memperkatakan kata-kata yang
teguh; nescaya Allah akan
membaiki amalan- amalan kamu dan akan mengampun bagimu
dosa-dosa kamu.” (Al Ahzab: 70-71) Ertinya dosa-dosa orang-orang yang
bertaqwa ini akan diampunkan.
Namun begitu orang Islam dosanya
tidak diampunkan oleh Allah. Sebab
itu orang Islam akan masuk Neraka
dulu dan barulah ke Syurga. Wal’iyazubillah. Allahumma ajirna
minan nar ( ). Tegasnya, orang yang
bertaqwa sahaja akan diampunkan
dosanya oleh Allah SWT. 9. Dapat ilmu tanpa belajar Diberi ilmu tanpa belajar. Yakni diberi
ilmu terus jatuh pada hati. Memanglah
ilmu yang jatuh kepada hati, tidak
perlu proses belajar. Kalau ilmu yang
jatuh pada akal, ia perlu melalui
proses belajar yakni membaca, mentelaah, kena berguru, kena
bermuzakarah, kena berfikir dan
merenung. Barulah akan dapat ilmu
itu. Sedangkan ilmu yang jatuh pada
hati, tidak diketahui sumbernya, tidak
perlu berfikir, mentelaah dan tanpa berguru. Ia terus terjatuh sahaja ke
hati. Hati itu sebagai wadahnya. Jadi
orang yang bertaqwa ini diberi ilmu
tanpa belajar. Ini jelas Allah nyatakan
dalam ayat Al Quran: surat:2 ayat:282 Maksudnya: “Bertaqwalah kepada
Allah nescaya Allah akan mengajar
kamu.” (Al Baqarah: 282) Dapat ilmu daripada Allah tanpa
perantaraan guru, tanpa perantaraan
belajar. Hal ini diperkuatkan oleh
sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Barangsiapa yang
mengamalkan ilmu yang dia tahu,
nanti dia akan dipusakakan ilmu yang
dia tidak tahu.” (Dikeluarkan oleh Abu
Nuaim) Apa sahaja ilmu yang dia tahu,
diamalkan. Hasilnya nanti Allah akan
beri ilmu tanpa dia belajar. Ramai
orang-orang soleh dan ulama yang
soleh diberi ilmu laduni. Itulah ilmu
yang jatuh kepada hati yang juga dipanggil ilham. Firman Allah Taala: surat:18 ayat:65 Maksudnya

No comments: