Wednesday, 22 June 2011

ASAL MANUSIA DARIPADA TANAH KEPADA TANAHAKAN DIKEMBALIKAN

Allah Yang Maha Kuasa berfirman
“Maha Suci Allah, yang telah menciptakan segala sesuatu
berpasangan-pasangan, baik dari apa
yang ditumbuhkan dari bumi, dan dari
diri mereka sendiri mahupun dari apa
yang mereka tidak ketahui ”[Yaasiin 36:36]. Nabi Muhammad (SAW) bersabda
“Sesungguhnya, Allah telah menciptakan Adam dari segenggam
tanah yang Allah ambil dari semua
bahagian bumi; Oleh itu, anak-anak
Adam datang ke bumi mengikut
keseluruhan bahagian bumi tersebut ,
di antaranya ada yang berwarna merah, putih, hitam & lainnya di
pertengahan, dan ada yang lembut,
yang sedih, yang buruk dan baik
“[Rujuk kitab Hadith Sahih]. Kini analisis sains yang di buat
mendedahkan bahawa tubuh manusia
itu terbentuk dari bahagian yang sama
dari bumi seperti:-
a) air,
b) karbohidrat, c) protein,
d) minyak,
e) vitamin,
f) hormon klorin,
g) perak,
h) fosfor, i) kapur,
j) kalium,
k) natrium,
l) besi,
m) tembaga,
n) iodin dan mineral-mineral yang lain. Semua mineral ini bersama membentuk
pelbagai bahagian tubuh manusia.
Mereka umumnya terbentuk di dalam
tubuh manusia berdasarkan
pembahagian yang tetap, stabil dan
tepat. Hanya Allah Maha Pencipta yang mengetahui segala rahsia bagaimana
mereka datang bersama-sama dan
melakukan tugas seperti itu. Ditemui bahawa jika mineral yang ada
dalam pembentukan tubuh manusia
dicerakinkan & dibentuk semula, ia
akan memberikan kita benda-benda
berikut: sekotak kapur tulis, sekotak
mancis api, paku kecil, sedikit garam dan beberapa bahan lain yang tidak
bernilai. Namun, nilai kewangan bagi semua
benda-benda tersebut tidak melebihi
sepuluh Riyal. Bolehkah dipercayai
bahawa nilai kewangan sebahagian
besar tubuh manusia tidak melebihi
sepuluh Riyal? Ianya juga akan bererti bahawa pakaian manusia atau jam
tangannya lebih berharga daripada
dirinya sendiri!! Bukankah begitu? Oleh itu, apakah nilai sebenar seorang
Manusia? Nilai universal yang banyak
masuk ke dalam proses kejadian
manusia tidak dapat disamakan
dengan apa-apa pun; Begitujuga nilai
sebenar seorang Manusia selepas proses pembentukan tubuh manusia. Ada sebahagian masyarakat
menjadikan manusia umpama sebuah
mesin. Untuk menyamakan manusia
dengan mesin bererti merendahkan
nilai dirinya. Sebuah benda harus dibandingkan
dengan benda lain yang serupa
dengannya. Jika tidak, seekor biri-biri
atau unta akan lebih berharga dari
manusia. Tetapi Islam memberikan
status yang tinggi kepada Manusia dan mengangkatnya di atas melebehi
ukuran-ukuran materialistik kita. Buktinya terdapat dalam Al-Qur ’an sebagaimana firman Allah SWT: “Dan sungguh telah Kami memuliakan Bani
Adam, dan Kami telah menyediakan
bagi mereka pengangkutan di daratan
dan di lautan;dan Kami telah
memberikan mereka rezeki yang baik-
baik, dan Kami telah mengutamakan mereka atas kebanyakan dari makhluk
yang telah Kami ciptakan dengan
keutamaan yang banyak.”[Al-Israa' 17-70]. Di dalam ayat lain Allah berfirman:”Dan sungguh Kami telah menciptakan
kamu, lalu Kami membentuk rupa
kamu, kemudian Kami berfirman
kepada para malaikat:”Sujudlah kamu kepada Adam, ”, lalu mereka sujud kecuali iblis,ia (iblis) tidaklah termasuk
mereka yang sujud. (Allah)
berfirman:”Apakah yang menghalangmu dari bersujud ketika
aku memerintahkan kepada kamu ?”, Ia (iblis) berkata:”Aku lebih baik darinya (Adam), Engkau telah ciptakan aku dari
api dan Engkau telah ciptakan dia
(Adam) dari tanah.”[Al-A'raaf 7:11-12] . Oleh kerana itu, kita harus
menghormati manusia, kerana Allah
telah menjadikan malaikat untuk sujud
kepadanya. Allah telah memberi
penghormatan kepada manusia, oleh
karena itu kita tidak harus merendahkan/menghina manusia. Sumber: “Tidakkah engkau melihat ke dalam dirimu sendiri?”, oleh Anas bin Abdul Hamid Elgoze. Dengan ehsan:science4islam.com

PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA DI DALAM RAHIM

Dari Anas ra, dari Nabi saw, sabdanya:
"Sesungguhnya Allah telah
menugaskan satu Malaikat berhubung
dengan peringkat-peringkat kejadian
anak dalam kandungan ibunya dan
keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya: apabila air benih itu
jatuh ke dalam rahim, Malaaikat
bertanya: "Ya Tuhanku! air benih akan
dsempurnakan kejadiannya atau
tidak? - Ya Tuhanku! darah seketul ini
akan dsempurnakan atau tidak? - Ya Tuhanku! daging segumpal ini akan
dsempurnakan atau tidak? Maka
apabila Allah hendak sempurnakan
jadinya seorang anak, Malaikat
bertanya lagi: "Ya Tuhanku! adakah ia
seorang (yang bernasib) selaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia
atau perempuan? Bagaimana pula
keadaan rezekinya dan
ajalnya?" (setelah Malaikat mendapat
jawabnya) maka ia menulis
sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut
ibunya." (Bukhari, Muslim dan Imam
Ahmad) PERINGKAT SATU NUTFAH : iaitu peringkat pertama
bermula selepas persenyawaan atau
minggu pertama. Ianya bermula
setelah berlakunya percampuran air
mani Maksud firman Allah dalam surah al-
Insan : 2 " Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia daripada setitis
air mani yang bercampur yang Kami
(hendak mengujinya dengan perintah
dan larangan), kerana itu Kami jadikan
dia mendengar dan melihat " Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal
perkataan nutfah ialah nutf ertinya air
yang sedikit yang terdapat di dalam
sesuatu bekas samada telaga, tabung
dan sebagainya. Sementara perkataan
amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran Berasaskan kepada makna perkataan
tersebut maksud ayat di atas ialah
sesungguhnya Kami (Allah)
menciptakan manusia daripada air
mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah
menciptakan anggota-anggota yang
berlainan , tingkahlaku yang berbeza
serta menjadikan lelaki dan
perempuan. Daripada nutfah lelaki
akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah
perempuan akan terbentuknya darah
dan daging. PERINGKAT KEDUA ALAQAH : Peringkat pembentukan
alaqah ialah pada hujung minggu
pertama / hari ketujuh . Pada hari yang
ketujuh telor yang sudah
disenyawakan itu akan tertanam di
dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Allah swt mengubah nutfah menjadi
alaqah. Firman Allah yang bermaksud " Kemudian Kami mengubah nutfah
menjadi alaqah" al-Mukminun : 14 Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan
alaqah dengan makna segumpal
darah. Ini mungkin dibuat berasaskan
pandangan mata kasar. Alaqah
sebenarnya suatu benda yang amat
seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud : 1) sesuatu yang bergantung atau
melekat
2) pacat atau lintah
3) suatu buku atau ketulan darah Peringkat alaqah adalah peringkat
pada minggu pertama hingga minggu
ketiga di dalam rahim. PERINGKAT KETIGA MUDGHAH : Pembentukan mudghah
dikatakan berlaku pada minggu
keempat. Perkataan mudghah disebut
sebanyak dua kali di dalam al-Quran
iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-
Mukminun ayat 14 Firman Allah yang bermaksud :- "lalu Kami ciptakan darah beku itu
menjadi seketul daging" al-Mukminun : 14 Diperingkat ini sudah berlaku
pembentukan otak, saraf tunjang,
telinga dan anggota-anggota yang lain.
Selain itu sistem pernafasan bayi sudah
terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam
otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup.
Untuk perkembangan seterusnya,
darah mula mengalir dengan lebih
banyak lagi kesitu bagi membekalkan
oksigen dan pemakanan yang
secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi
sendiri. PERINGKAT KEEMPAT IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini
iaitu minggu kelima, keenam dan
ketujuh ialah peringkat pembentukan
tulang yang mendahului pembentukan
oto-otot. Apabila tulang belulang telah
dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah yang bermaksud : "Lalu Kami mengubahkan pula
mudghah itu menjadi izam da
kemudiannya Kami membalutkan Izam
dengan daging" al-Mukminun : 14 Kemudian pada minggu ketujuh
terbentuk pula satu sistem yang
kompleks. Pada tahap ini perut dan
usus , seluruh saraf, otak dan tulang
belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan
dan saluran pernafasan dari mulut ke
hidung dan juga ke pau-paru mula
kelihatan. Begitu juga dengan organ
pembiakan, kalenjar, hati, buah
penggang, pundi air kencing dan lain- lain terbentuk dengan lebih sempurna
lagi. Kaki dan tangan juga mula
tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut
semakin sempurna. Pada minggu
kelapan semuanya telah sempurna dan
lengkap. PERINGKAT KELIMA NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada
peringkat ini iaitu menjelang minggu
kelapan , beberapa perubahan lagi
berlaku. Perubahan pada tahap ini
bukan lagi embrio tetapi sudah masuk
ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk
dengan sempurnanya Kuku-kukunya
pun mula tumbuh. Pada bulan
keempat, pembentukan uri menjadi
cukup lengkap menyebabkan baki
pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua
anggota yang sudah wujud. Walaupun
perubahan tetap berlaku tetapi
perubahannya hanya pada ukuran
bayi sahaja. PERINGKAT KE ENAM NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat
peniupan roh. Para ulamak Islam
menyatakan bilakah roh ditiupkan ke
dalam jasad yang sedang
berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan
peniupan roh ini berlaku selepas empat
puluh hari dan selepas terbentuknya
organ-organ tubuh termasuklah organ
seks. Nilai kehidupan mereka telah pun
bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika
di alam rahim perkembangan mereka
bukanlah proses perkembangan fizikal
semata-mata tetapi telahpun
mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian
sebagaimana yang disebutkan oleh
Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf :
172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling
bantu membantu untuk meningkatkan
martabat dan kejadian insan disisi Allah
s.w.t