Nonton iklan bentar ya...!!!

Wednesday 22 June 2011

ASAL MANUSIA DARIPADA TANAH KEPADA TANAHAKAN DIKEMBALIKAN

Allah Yang Maha Kuasa berfirman
“Maha Suci Allah, yang telah menciptakan segala sesuatu
berpasangan-pasangan, baik dari apa
yang ditumbuhkan dari bumi, dan dari
diri mereka sendiri mahupun dari apa
yang mereka tidak ketahui ”[Yaasiin 36:36]. Nabi Muhammad (SAW) bersabda
“Sesungguhnya, Allah telah menciptakan Adam dari segenggam
tanah yang Allah ambil dari semua
bahagian bumi; Oleh itu, anak-anak
Adam datang ke bumi mengikut
keseluruhan bahagian bumi tersebut ,
di antaranya ada yang berwarna merah, putih, hitam & lainnya di
pertengahan, dan ada yang lembut,
yang sedih, yang buruk dan baik
“[Rujuk kitab Hadith Sahih]. Kini analisis sains yang di buat
mendedahkan bahawa tubuh manusia
itu terbentuk dari bahagian yang sama
dari bumi seperti:-
a) air,
b) karbohidrat, c) protein,
d) minyak,
e) vitamin,
f) hormon klorin,
g) perak,
h) fosfor, i) kapur,
j) kalium,
k) natrium,
l) besi,
m) tembaga,
n) iodin dan mineral-mineral yang lain. Semua mineral ini bersama membentuk
pelbagai bahagian tubuh manusia.
Mereka umumnya terbentuk di dalam
tubuh manusia berdasarkan
pembahagian yang tetap, stabil dan
tepat. Hanya Allah Maha Pencipta yang mengetahui segala rahsia bagaimana
mereka datang bersama-sama dan
melakukan tugas seperti itu. Ditemui bahawa jika mineral yang ada
dalam pembentukan tubuh manusia
dicerakinkan & dibentuk semula, ia
akan memberikan kita benda-benda
berikut: sekotak kapur tulis, sekotak
mancis api, paku kecil, sedikit garam dan beberapa bahan lain yang tidak
bernilai. Namun, nilai kewangan bagi semua
benda-benda tersebut tidak melebihi
sepuluh Riyal. Bolehkah dipercayai
bahawa nilai kewangan sebahagian
besar tubuh manusia tidak melebihi
sepuluh Riyal? Ianya juga akan bererti bahawa pakaian manusia atau jam
tangannya lebih berharga daripada
dirinya sendiri!! Bukankah begitu? Oleh itu, apakah nilai sebenar seorang
Manusia? Nilai universal yang banyak
masuk ke dalam proses kejadian
manusia tidak dapat disamakan
dengan apa-apa pun; Begitujuga nilai
sebenar seorang Manusia selepas proses pembentukan tubuh manusia. Ada sebahagian masyarakat
menjadikan manusia umpama sebuah
mesin. Untuk menyamakan manusia
dengan mesin bererti merendahkan
nilai dirinya. Sebuah benda harus dibandingkan
dengan benda lain yang serupa
dengannya. Jika tidak, seekor biri-biri
atau unta akan lebih berharga dari
manusia. Tetapi Islam memberikan
status yang tinggi kepada Manusia dan mengangkatnya di atas melebehi
ukuran-ukuran materialistik kita. Buktinya terdapat dalam Al-Qur ’an sebagaimana firman Allah SWT: “Dan sungguh telah Kami memuliakan Bani
Adam, dan Kami telah menyediakan
bagi mereka pengangkutan di daratan
dan di lautan;dan Kami telah
memberikan mereka rezeki yang baik-
baik, dan Kami telah mengutamakan mereka atas kebanyakan dari makhluk
yang telah Kami ciptakan dengan
keutamaan yang banyak.”[Al-Israa' 17-70]. Di dalam ayat lain Allah berfirman:”Dan sungguh Kami telah menciptakan
kamu, lalu Kami membentuk rupa
kamu, kemudian Kami berfirman
kepada para malaikat:”Sujudlah kamu kepada Adam, ”, lalu mereka sujud kecuali iblis,ia (iblis) tidaklah termasuk
mereka yang sujud. (Allah)
berfirman:”Apakah yang menghalangmu dari bersujud ketika
aku memerintahkan kepada kamu ?”, Ia (iblis) berkata:”Aku lebih baik darinya (Adam), Engkau telah ciptakan aku dari
api dan Engkau telah ciptakan dia
(Adam) dari tanah.”[Al-A'raaf 7:11-12] . Oleh kerana itu, kita harus
menghormati manusia, kerana Allah
telah menjadikan malaikat untuk sujud
kepadanya. Allah telah memberi
penghormatan kepada manusia, oleh
karena itu kita tidak harus merendahkan/menghina manusia. Sumber: “Tidakkah engkau melihat ke dalam dirimu sendiri?”, oleh Anas bin Abdul Hamid Elgoze. Dengan ehsan:science4islam.com

No comments: