Nonton iklan bentar ya...!!!

Saturday, 4 February 2012

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. Advertise Here “Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. “Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. “Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. “Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Wanita Beragama Jamin Kebahagiaan Rumah Tangga

FIRMAN Allah bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang yang salih daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur: 32). Ibnu Kathir menegaskan, ayat itu mengandungi beberapa hukum yang jelas dan suruhan wajib ditaati. Ayat itu perintah supaya mengahwinkan sesiapa dalam kalangan umat Islam yang mampu dan bersedia. Advertise Here Sebahagian ulama berpendapat, wajib kahwin bagi setiap yang mampu. Mereka mengambil dalil sabda Nabi bermaksud: “Wahai sekalian pemuda, barang siapa daripada kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya ia (perkahwinan) boleh menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana ia (puasa itu) menjadi penawar baginya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Imam al-Qurtubi mentafsirkan perintah berkahwin termasuk dalam bab pengawalan kehormatan diri dan kebaikan maslahah ummah. Dengan kata lain, kahwinkan orang yang tiada pasangan dalam kalangan kamu kerana sesungguhnya ia adalah jalan menjaga kehormatan diri. Kemudian ayat tadi menerangkan hukum mengenai hamba. Dikatakan juga bahawa makna ayat itu ialah hendaklah keinginan untuk mengahwinkan hamba itu mesti hamba yang baik, maka harus mengahwinkannya. Rasulullah bersabda maksudnya: “Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agamanya. Utamakan yang punya agama, kamu akan memperoleh keuntungan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi maksudnya: “Bila anda didatangi oleh orang yang ada agama dan berakhlak baik, maka terimalah jangan dipersiakan nanti kamu ditimpa bencana dan malapetaka.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad) Allah berfirman maksudnya: “Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” Imam al-Qurtubi mentafsirkan, ayat itu merujuk kepada orang yang merdeka. Maknanya, janganlah kamu halang daripada mengahwinkan mereka dengan sebab kemiskinan si lelaki atau perempuan. Ayat ini adalah janji Allah dengan kekayaan kepada orang berkahwin yang mencari keredaan Allah dan memelihara diri daripada maksiat. Rasulullah bersabda maksudnya: “Tiga perkara yang setiap mereka itu adalah hak ke atas Allah menolongnya, iaitu orang yang berjuang pada jalan Allah, orang yang ingin berkahwin yang ingin memelihara kehormatan, dan hamba mukatab yang mahu merdeka.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Nabi Muhammad pernah mengahwinkan seorang perempuan yang datang kepada Baginda menyerahkan dirinya kepada seorang yang tidak berharta melainkan sehelai kain. Tidak lama selepas itu, perempuan tadi menuntut fasakh nikah kerana kemiskinan, kerana ia pernah atau biasa susah. Adapun yang sering berlaku demikian (fasakh) ialah apabila seorang perempuan yang sebelumnya hidup senang, tiba-tiba hidup susah selepas berkahwin, kerana biasanya rasa lapar membuatkan orang itu tidak boleh bersabar. An-Naqqaasy berkata, ayat ini menjadi hujah terhadap orang yang berkata: “Sesungguhnya kadi boleh memisahkan antara suami isteri jika suami itu miskin yang menyebabkan dia tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya.” Ini adalah pendapat yang daif. Ayat ini bukan hukum pada orang yang tidak mampu memberi nafkah, tetapi ia adalah janji akan diberikan kekayaan bagi orang yang berkahwin orang miskin. Adapun orang yang kahwin orang senang, tetapi menjadi susah selepas daripada itu, maka boleh dipisahkan antara kedua-duanya. Allah berfirman: “Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpah kurnia-Nya.” (Surah An- Nisa: 130)