“Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (QS at-Taubah /9: 105).
Nonton iklan bentar ya...!!!
Saturday, 4 February 2012
Wanita Beragama Jamin Kebahagiaan Rumah Tangga
FIRMAN Allah bermaksud: “Dan
kahwinkanlah orang bujang (lelaki
dan perempuan) dari kalangan kamu
dan orang yang salih daripada hamba
kamu, lelaki dan perempuan. Jika
mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada
mereka daripada limpah kurnia-Nya
kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya
dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha
Mengetahui.” (Surah al-Nur: 32). Ibnu Kathir menegaskan, ayat itu
mengandungi beberapa hukum yang
jelas dan suruhan wajib ditaati. Ayat
itu perintah supaya mengahwinkan
sesiapa dalam kalangan umat Islam
yang mampu dan bersedia. Advertise Here Sebahagian ulama berpendapat, wajib
kahwin bagi setiap yang mampu.
Mereka mengambil dalil sabda Nabi
bermaksud: “Wahai sekalian pemuda,
barang siapa daripada kalangan
kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah ia
berkahwin. Sesungguhnya ia
(perkahwinan) boleh menundukkan
pandangan dan menjaga kemaluan.
Barang siapa yang tidak mampu,
maka hendaklah ia berpuasa kerana ia (puasa itu) menjadi penawar
baginya.” (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim) Imam al-Qurtubi mentafsirkan
perintah berkahwin termasuk dalam
bab pengawalan kehormatan diri dan
kebaikan maslahah ummah. Dengan
kata lain, kahwinkan orang yang tiada
pasangan dalam kalangan kamu kerana sesungguhnya ia adalah jalan
menjaga kehormatan diri. Kemudian ayat tadi menerangkan
hukum mengenai hamba. Dikatakan
juga bahawa makna ayat itu ialah
hendaklah keinginan untuk
mengahwinkan hamba itu mesti
hamba yang baik, maka harus mengahwinkannya. Rasulullah bersabda maksudnya:
“Dinikahi seorang wanita kerana
empat perkara iaitu harta, keturunan,
rupa paras dan agamanya. Utamakan
yang punya agama, kamu akan
memperoleh keuntungan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi maksudnya:
“Bila anda didatangi oleh orang yang
ada agama dan berakhlak baik, maka
terimalah jangan dipersiakan nanti
kamu ditimpa bencana dan
malapetaka.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad) Allah berfirman maksudnya: “Jika
mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada
mereka dari limpah kurnia-Nya
kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya
dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” Imam al-Qurtubi mentafsirkan, ayat itu
merujuk kepada orang yang
merdeka. Maknanya, janganlah kamu
halang daripada mengahwinkan
mereka dengan sebab kemiskinan si
lelaki atau perempuan. Ayat ini adalah janji Allah dengan kekayaan kepada
orang berkahwin yang mencari
keredaan Allah dan memelihara diri
daripada maksiat. Rasulullah bersabda maksudnya:
“Tiga perkara yang setiap mereka itu
adalah hak ke atas Allah
menolongnya, iaitu orang yang
berjuang pada jalan Allah, orang yang
ingin berkahwin yang ingin memelihara kehormatan, dan hamba
mukatab yang mahu merdeka.” (Hadis
riwayat Ibnu Majah). Nabi Muhammad pernah
mengahwinkan seorang perempuan
yang datang kepada Baginda
menyerahkan dirinya kepada seorang
yang tidak berharta melainkan sehelai
kain. Tidak lama selepas itu, perempuan tadi menuntut fasakh
nikah kerana kemiskinan, kerana ia
pernah atau biasa susah. Adapun yang sering berlaku demikian
(fasakh) ialah apabila seorang
perempuan yang sebelumnya hidup
senang, tiba-tiba hidup susah selepas
berkahwin, kerana biasanya rasa
lapar membuatkan orang itu tidak boleh bersabar. An-Naqqaasy berkata, ayat ini menjadi
hujah terhadap orang yang berkata:
“Sesungguhnya kadi boleh
memisahkan antara suami isteri jika
suami itu miskin yang menyebabkan
dia tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya.” Ini adalah pendapat yang daif. Ayat ini
bukan hukum pada orang yang tidak
mampu memberi nafkah, tetapi ia
adalah janji akan diberikan kekayaan
bagi orang yang berkahwin orang
miskin. Adapun orang yang kahwin orang senang, tetapi menjadi susah
selepas daripada itu, maka boleh
dipisahkan antara kedua-duanya. Allah berfirman: “Jika keduanya
bercerai, maka Allah akan memberi
kecukupan kepada masing-masing
dari limpah kurnia-Nya.” (Surah An-
Nisa: 130)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment