“Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (QS at-Taubah /9: 105).
Nonton iklan bentar ya...!!!
Saturday, 4 February 2012
Seorang suami yang memeluk
isterinya untuk sekurang-kurangnya
10 saat setiap pagi akan panjang
umurnya lima tahun. Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang
pakar di Jerman mengenai hubungan
antara sentuhan dan tahap kesihatan. Advertise Here “Seseorang itu boleh panjang umur
jika memeluk isterinya setiap
hari kerana pelukan dan sentuhan
boleh menyebabkan tubuh manusia
mengeluarkan pelbagai hormon
termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. “Bagaimanapun, sebagai seorang
Islam kita tidak harus lupa ajal dan
maut terletak di tangan Allah,”
katanya ketika memberi syarahan
bertajuk “Perkahwinan dan Seks:
Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga
Perubatan Daripada Perspektif Islam
anjuran Pusat Perubatan Universiti
Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini
hari ini. Hormon endorfin adalah sejenis
bahan kimia semula jadi yang
bertindak sebagai penahan sakit dan
mengurangkan keresahan. Jelasnya,
selain mempunyai kesan positif dari
segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara
suami dan isteri juga merupakan
sunah Rasulullah S.A.W. Tambah beliau, ada kajian di Amerika
Syarikat (AS) juga mendapati pelukan
suami dapat mengurangkan tahap
kolesterol dan meningkatkan
kesihatan isteri. “Oleh itu suami yang inginkan
isterinya menurunkan berat badan
digalakkan peluk isterinya lebih
kerap,” katanya disambut dengan
gelak ketawa oleh peserta
persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam
penuh rasa kasih sayang juga dapat
membantu pasangan untuk awet
muda dan berketerampilan menarik. “Wanita yang mempunyai kehidupan
seks yang baik dan bahagia akan
lebih cenderung untuk menghiasi
diri,” kata Fadzilah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment