“Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (QS at-Taubah /9: 105).
Nonton iklan bentar ya...!!!
Sunday, 15 July 2012
siapa qarin itu..?
Qarin adalah jin yang dicipta oleh
Allah sebagai pendamping manusia.
Boleh dikatakan ia sebagai "kembar"
manusia. Setiap manusia yang
dilahirkan ke dunia ini pasti ada
qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma
bezanya, qarin Rasulullah adalah
muslim. Manakala yang lainnya
adalah kafir. Pada umumnya qarin yang kafir ini
kerjanya mendorong dampingannya
membuat kejahatan. Dia
membisikkan was-was, melalaikan
solat, berat nak baca al-Quran dan
sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang
dampingannya membuat ibadah dan
kebaikan. Untuk mengimbangi usaha qarin ini
Allah utuskan malaikat. Ia akan
membisikkan hal-hal kebenaran dan
mengajak membuat kebaikan. Maka
terpulanglah kepada setiap manusia
membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat.
Walau bagaimanapun orang-orang
Islam mampu menguasai dan
menjadikan pengaruh qarinnya
lemah tidak berdaya. Caranya
dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang
pekerjaan, banyak berzikir,
membaca al-Quran dan taat
melaksanakan perintah Allah. Sabda Rasulullah s.a.w. daripada
Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya:
"Setiap kamu ada Qarin daripada
bangsa jin, dan juga Qarin daripada
bangsa malaikat. Mereka bertanya:
"Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi
Allah telah membantu aku sehingga
Qarin itu dapat kuislamkan dan
hanya menyuruh aku dalam hal
kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad
dan Muslim) Aisyah r.ha. menceritakan bahawa
pada suatu malam Rasulullah s.a.w.
keluar dari rumahnya (Aisyah),
Aisyah berkata: "Aku merasa
cemburu." tiba-tiba Baginda
berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah
engkau cemburu?" Aku berkata:
"Bagaimana aku tidak cemburu
orang yang seumpama engkau ya
Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah
engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada
syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap
insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku
bertanya lagi: "Adakah engkau pun
ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab
Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah
masuk Islam." (Riwayat Muslim) Di dalam hadis lain daripada Ibnu
Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud: "Aku dilebihkan
daripada Nabi Adam a.s. dengan dua
perkara, iaitu pertama syaitanku
kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para
isteriku membantu akan daku tetapi
syaitan Nabi Adam tetap kafir dan
isterinya membantu ia membuat
kesalahan." (Riwayat Baihaqi) Ibn Muflih al-Muqaddasi
menceritakan: Suatu ketika syaitan
yang mendampingi oran beriman,
bertemankan syaitan yang
mendampingi orang kafir. Syaitan
yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti
orang kafir itu gemuk. Maka ditanya
mengapa engkau kurus,
"Bagaimana aku tidak kurus, apabila
tuanku masuk ke rumah dia berzikir,
makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya
syaitan yang mengikuti orang kafir
itu pula berkata: "Aku sentiasa
makan bersama dengannya dan
begitu juga minum." Qarin akan berpisah dengan
"kembar"nya hanya apabila manusia
meninggal dunia. Roh manusia akan
ditempatkan di alam barzakh,
sedangkan qarin terus hidup kerana
lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba
hari akhirat nanti maka kedua-
duanya akan dihadapkan ke
hadapan Allah untuk diadili. Tetapi
qarin akan berlepas tangan dan
tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan
manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment