Nonton iklan bentar ya...!!!

Tuesday 2 August 2011

Nama-nama Iblis dan Kerjanya

Syaitan adalah keturunan yang
berasal dari iblis. Iblis berkahwin dgn
jin perempuan yang merupakan
pengikutnya lalu dianugerahkan
keturunan yang dikenali sebagai
syaitan. Iblis pula adalah dari keturunan jin, merupakan moyang
kepada syaitan dan pemimpin bagi
syaitan dan jin kafir. Syaitan juga
mempunyai kota yg menjadi tempat
tinggal mereka. Kota-kota mereka
terletak di-padang padang pasir, gunung ganang, pulau pulau terpencil
dan di permukaan laut. Tempat tempat
yg menjadi kegemaran para syaitan
duuk beristirehat dan bermain main
adalah didalam perigi yang kosong,
tempat terdapatnya najis dan tempat membuang kotoran. Iblis memiliki kerajaan yg besar yg
terdiri dari menteri menteri,
pemerintah, wakil wakil dan rakyat
jelata. Di antara mereka terdapat 5
jenis iblis yang paling kuat
pengaruhnya dan wajib sesaorang itu berwaspada dgnnya. 1) Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini
sering mengunjungi orang orang
yang sedang dalam kesusahan
ataupun yang ditimpa musibah. Ia
akan membisikkan kata kata yg tanpa
disedari telah diucapkan oleh orang yg mengalami kesusahan itu. Orang
yg telah ditimpa musibah akan
berkeluh kesah dan sering
menyalahkan ketentuan Allah
terhadap dirinya. Inilah peranan iblis
Tsabar dalam menyesatkan manusia. 2) Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini
akan berusaha memusnahkan
kerukunan sesebuah rumahtangga.
Ia akan menyuburkan perasaan
benci, cemburu dan rasa curiga di
antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi demikian, maka terjadilah
pertengkaran di antara suami dan
isteri lalu diakhiri dengan perceraian. 3) Iblis yang bernama Al A'war. Iblis
ini menggalakkan perlakuan zina dan
keruntuhan akhlak. Salah satu
peranannya ialah dengan menjadikan
indahnya bahagian bawah seseorang
wanita. Lebih lebih lagi terdapat segelintir wanita masa kini yg gemar
memakai pakaian yang singkat dan
seksi. Sesungguhnya ini cukup
menggembirakan iblis Al A'war
kerana dapat menlaksanakan
tugasnya dengan sempurna. 4) Iblis yg bernama Maswath. Peranan
iblis ini adalah mengadakan
pembohongan yang besar dan kecil.
Sesaorang yang termakan dengan
bisikan iblis ini akan mereka reka
sebuah cerita yg tidak benar ataupun menyebar fitnah. 5) Iblis ini pula suka berkeliaran
ditempat tempat yg dipenuhi dgn
manusia. Ia akan membisikkan kata
kata yg mewujudkan permusuhan
dan perselisihan sesama manusia.
Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh sesama sendiri.

Anas bin Malik r.a. berkata:
"Iblis telah bertanya pada Allah:
katanya, wahai Tuhanku! Engkau
telah memberikan anak Adam tempat
kediaman untuk mereka
berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat
kediaman untukku."
Firman Allah:
"Tempat kediamanmu adalah di dalam
tandas."
Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah
berikan anak Adam berkumpul di
masjid, di manakah pula tempatku
berkumpul?"
Firman Allah:
"Tempatmu berkumpul ialah di pasar- pasar, pesta, pusat membeli belah,
kelab malam, tempat hiburan serta
majlis-majlis maksiat."
Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau berikan
anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah
apa pula bahan bacaanku?"
Firman Allah:
"Bacaan untukmu ialah syair dan
sajak yang melalaikan."
Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah
berikan kepada mereka cerita-cerita
benar, apakah pula cerita bagiku?"
Firman Allah:
"Cerita bagimu ialah kata-kata kesat
dan dusta." Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah
berikan azan kepada anak Adam
untuk mereka memanggil orang
sembahyang, apa pula azan
untukku?" Firman Allah:
"Azan untukmu ialah seruling."
Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah
menghantar utusan-Mu dari para rasul
dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"
Firman Allah:
"Para utusan mu terdiri daripada
bomoh, tabib dan dukun yang
menduakan Aku."
Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan
kitab suci al-Quran yang bertulis
kepada mereka, apakah pula tulisan
bagiku?"
Firman Allah:
"Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."
Iblis bertanya:
"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak
Adam perangkap, apakah pula
perangkap bagiku?"
Firman Allah: "Perangkap bagimu ialah wanita."
Iblis bertanya:
"Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka
minuman yang halal yang disebutkan
nama-Mu, apakah pula minuman
untukku?" Firman Allah:
"Minumanmu ialah sesuatu yang
memabukkan serta tidak disebutkan
nama-Ku padanya." * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
* * * * * * * * * *
Sabda Rasulullah saw:
"Wahai manusia, laksanakanlah
amalan-amalan menurut kemampuan
kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan
sebelum kamu merasa bosan.
Sesungguhnya amalan yang paling
disukai Allah ialah amalan yang ringan
namun berterusan."
(Hadis Riwayat Muslim)

No comments: