“Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (QS at-Taubah /9: 105).
Nonton iklan bentar ya...!!!
Monday, 5 March 2012
Kelebihan org yg bnyk berdoa..
DARIPADA Anas bin Malik, katanya:
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
yang memohon syurga kepada Allah
sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya
Allah, masukkanlah dia ke dalam
syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka
sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya
Allah, selamatkanlah dia daripada
neraka.” Hadis ini sungguh besar kedudukan
dan tahapnya, ia menunjukkan limpah
kurnia Allah yang besar dan rahmat-
Nya yang begitu luas. Orang yang memohon syurga dan
meminta perlindungan daripada
neraka ditetapkan syarat iaitu Islam
serta benar dalam menghadapkan diri
kepada Allah (at-tawajjuh). Demikianlah, bahawa kejayaan
dengan syurga dan keselamatan
daripada neraka adalah tujuan yang
hendak dicapai orang yang
mengerjakan solat, berzakat,
berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad. Untuk mencapai ke tahap itu mereka
terpaksa memejam pandangan,
memelihara kemaluan dan perutnya,
menjaga lidah serta menahan
tangannya daripada melakukan
perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan
sehingga Allah mengampuni mereka. Daripada Abu Hurairah, katanya
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai
malaikat yang sentiasa berkeliaran di
jalan mencari ahli zikir, apabila mereka
mendapati satu kaum yang berzikir mengingati Allah mereka memanggil
temannya lalu mereka pun datang
mengelilingi orang yang berzikir
dengan membentangkan sayapnya
ke langit dunia. Lalu mereka ditanya
oleh Tuhannya, sedangkan Tuhan lebih mengetahui dari mereka: Apa
yang diucapkan hamba-Ku? Mereka
menjawab: Hamba-Mu menyucikan,
membesarkan, memuji dan
mengagungkan-Mu. Allah bertanya: Adakah mereka
melihat Ku? Malaikat menjawab: Tidak,
Demi Allah wahai Tuhan, mereka tidak
melihat Mu. Allah bertanya: Bagaimana
jika mereka melihat Ku? Malaikat
menjawab: Jika mereka melihat Mu nescaya mereka lebih banyak
beribadah kepada Mu,
mengagungkan Mu, dan bertasbih
memuji Mu. Allah bertanya: Apakah yang mereka
minta kepada-Ku? Malaikat menjawab:
Mereka meminta syurga kepada Mu.
Allah bertanya: Adakah mereka telah
melihat syurga itu? Malaikat
menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhanku, mereka tidak pernah
melihatnya. Allah bertanya:
Bagaimana jika mereka melihat syurga
itu? Malaikat menjawab: Sekiranya
mereka melihatnya nescaya mereka
lebih tamak lagi terhadapnya, lebih kuat memintanya, dan keinginannya
lebih besar padanya. Allah bertanya: Dari apakah mereka
berlindung? Malaikat menjawab:
Mereka berlindung dari neraka. Allah
bertanya: Adakah mereka telah
melihat neraka itu? Malaikat
menjawab: Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihatnya. Allah
bertanya: Bagaimana jika mereka
melihatnya? Malaikat menjawab:
Sekiranya mereka melihatnya nescaya
mereka pasti lebih menjauhkan diri
daripadanya, dan pasti lebih takut dengannya. Allah bertanya: Aku menyaksikan
kepada Kamu bahawa Aku telah
mengampuni mereka. Ada malaikat
berkata: Di kalangan mereka ada si
fulan yang bukan dari golongan
mereka, namun kedatangannya untuk sesuatu hajat keperluan. Allah
berfirman: Mereka adalah kaum yang
tidak celaka sesiapa yang duduk
dalam majlisnya.” Mengapa kita tidak memohon syurga
kepada Allah, sedangkan Ibnu Abbas
meriwayatkan daripada Nabi SAW
sabdanya: “Allah menciptakan syurga
dan menjuntaikan padanya buah-
buahannya, dan mengalirkan padanya sungai-sungainya, kemudian
memandang kepadanya lalu
berfirman: Bercakaplah, lalu diapun
berkata: Sungguh berjaya orang yang
beriman. Lalu Allah berfirman: Demi
keagungan Ku, engkau tidak akan dimasuki orang yang bakhil kedekut.” Mengapa kita tidak meminta kepada
Allah supaya dimasukkan ke dalam
syurga, sedangkan Rasulullah SAW
pernah ditanya mengenainya, lalu
baginda bersabda: “Sesiapa yang
masuk syurga akan hidup di dalamnya tidak akan mati,
dikurniakan nikmat padanya tidak
pernah terputus, tidak lusuh
pakaiannya dan tidak hilang
keremajaannya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment