Nonton iklan bentar ya...!!!

Wednesday 27 April 2011

Sifat-Sifat Isteri Yang Solehah

1. Tidak melihat dan mencari aib
wanita lain, tidak menceritakan
keadaan tubuh wanita lain kepada
suaminya, khuatir jika suaminya
tertarik dan ini akan menimbulkan
kerosakan. Al-Bukhari berkata: “Rasulullali s.a.w. melarang seorang Wanita berada dalam satu selimut
dengan wanita lain, agar dia tidak
menceritakan kepada suaminya.” 2. Memakai hijab di hadapan lelaki
yang bukan muhramnya, termasuk
lelaki buta. Rasulullah s.a.w,
memerintahkan para wanita berhijab
di hadapan orang yang buta dengan
bersabda: “Pakailah hijab di hadapannya.” Mereka berkata: “Wahai Rasulullah, bukankah dia buta?” Baginda bersabda: “Apakah kedua mata kamu buta. Bukankah kamu
melihatnya?” (Riwayat Abu Daud, at- Tirmizi dan Ahmad. Menurut at-Tirmizi,
hadis ini Hasan) 3. Berhias, bersolek dan memakai
minyak wangi di dalam rumah untuk
suaminya. Ini dilakukan agar
suaminya gembira dan mencegahnya
melakukan perkara yang haram. Isteri
yang solehah tidak boleh keluar rumah dalam keadaan bersolek dan
membuat sesuatu yang menarik
perhatian lelaki lain. Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat lelaki yang seperti wanita
(waria) dan wanita seperti lelaki.
Usirlah mereka dari rumah
kamu.” (Riwayat al-Bukhari, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud). 4. Isteri yang solehah tidak menolak
ajakan suaminya di tempat tidur.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Jika wanita menjauhi keinginan suaminya di malam hari,
maka para malaikat melaknatnya
sehingga dia kembali.” (Riwayat al- Bukhari dan Muslim) 5. Dalam keadaan ini, dia bersekutu
dengan syaitan. Sedangkan wanita
solehah ialah yang bersama dengan
suaminya untuk menghadapi syaitan.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Jika seorang lelaki mengajak isterinya berjimak, maka hendaklah
dia memenuinya, sekalipun dia
sedang berada berhampiran tungku
api.” (Riwayat at-Tirmizi dan Ahmad) 6. Wanita solehah ialah yang tidak
mengutuk dan mengingkari nikmat
yang diterima daripada suaminya,
berdasarkan sabda baginda:
“Bersedekahlah kamu, kerana kebanyakan di antara kamu akan
menjadi kayu bakar Jahanam.” Ada seorang wanita yang bertanya:
“Wahai Rasulullah, mengapa sedemikian?” “Kerana kamu suka mengutuk dan mengingkari
suami.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 7. Wanita solehah ialah yang tidak
membocorkan rahsia suaminya. Isteri
ialah wadah suami dan orang yang
paling rapat dengannya.
Membocorkan rahsia seseorang
merupakan sifat tercela, lebih-lebih lagi seorang isteri yang membocorkan
rahsia suaminya. Perbuatan ini
merupakan dosa besar dan
merbahaya. Kerana itu tatkala ada
seorang isteri Nabi s.a.w. yang
membocorkan rahsianya, baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling buruk kedudukannya di
sisi Allah pada hari kiamat ialah lelaki
yang mencampuri isterinya dan
wanita yang mencampuri suaminya,
kemudian salah seorang di antara
keduanya membocorkan rahsia yang lainnya.” (Riwayat Muslim). 8. Wanita solehah ialah yang tidak
berkhalwat dengan lelaki yang bukan
mahramnya, sebagaimana ia juga
dilarang kepada suami yang soleh.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang
bermaksud: “Ingatlah, janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan
seorang wanita, kerana yang ketiga
ialah syaitan.” (Riwayat at-Tirmizi, Ahmad, al-Hakim dan Ibnu Hibban) 9. Wanita solehah ialah yang
mengetahui bahawa suaminya
merupakan seorang pemimpin,
berhak menyuruh dan melarang
dalam rumahnya. Sabda baginda yang
bermaksud: “Tidak dibenarkan manusia bersujud kepada manusia
lain. Andaikan manusia dibenarkan
sujud kepada yang lain, maka akan
aku perintahkan wanita bersujud
kepada suaminya kerana besarnya
hak suami ke atas dirinya.” (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan al-Haithami) 10.Wanita sholehah ialah”Yang taat jika suami memerintahnya, yang
menyenangkan jika suami
memandangnya, yang menjaga
kehormatan diri suami dan hartanya.” (Riwayat an-Nasa’i, Ahmad dan al- Baihaqi)Sifat-Sifat Isteri Yang Solehah

No comments: