“Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (QS at-Taubah /9: 105).
Nonton iklan bentar ya...!!!
Thursday, 23 February 2012
16 Kebaikan sujud dalam solat
Pakar sains mengatakan sujud ketika
solat adalah waktu manusia paling
menggalakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke
tempat asalnya. Percaya atau tidak,
berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika
sembahyang. 1. Membetulkan kedudukan buah
pinggang yang terkeluar sedikit
daripada tempat asalnya. 2. Membetulkan pundi peranakan yang
jatuh. 3. Melegakan sakit hernia. 4. Mengurangkan sakit senggugut
ketika haid. 5. Melegakan paru-paru daripada
ketegangan. 6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit
apendiks atau limpa. Kedudukan
sujud adalah paling baik untuk
berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang
tubuh. 7. Meringankan bahagian pelvis. 8. Memberi dorongan supaya mudah
tidur. 9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher,
perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
Pergerakan otot ini akan menjadikan
ototnya lebih kuat dan elastik,secara
semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan
darah. 10. Bagi wanita, pergerakan otot itu
menjadikan buah dadanya lebih
baik,mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar
daripada sakit buah dada. 11. Sujud juga mampu mengurangkan
kegemukan. 12. Pergerakan bahagian otot sewaktu
sujud juga boleh memudahkan wanita
bersalin.organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar
daripada sakit gelombang perut.
(Convulsions). 13. Organ terpenting iaitu otak kita juga
akan menerima banyak bekalan
darah dan oksigen. 14. Mengelakkan pendarahan otak jika
tiba-tiba menerima pengepaman
darah ke otak secara kuat dan
mengejut serta terhindar penyakit
salur darah dan sebagainya. Dari segi
psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan
Yang Maha pencipta sekali gus
mengikis sifat sombong,riak takbur
dan sebagainya. 15. Manakala dari sudut perubatan pula,
kesan sujud yang lama akan
menambahkan kekuatan aliran darah
ke otak yang boleh mengelakkan
pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan
mentaliti seseorang. Untuk itu marilah kita sama-sama
mengamalkan sujud dalam solat yang
banyak dan lama-lama bagi satu-satu
sujud. Dan sujud lama dalam solat
terutamanya dalam solat sunat yang
bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment