“Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (QS at-Taubah /9: 105).
Nonton iklan bentar ya...!!!
Sunday, 19 February 2012
Persediaan Sebelum Tidur
Diriwayatkan daripada Abdullah bin
Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah
melihat Nabi Muhammad SAW
berbaring terlentang di dalam masjid,
meletakkan sebelah kakinya pada
sebelah kakinya yang lain.” (al-Bukhari) Huraian: Sekiranya hendak tidur kita
disarankan mengikut sunah
Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat
menerangkan: “Daripada ‘Aisyah r.a
katanya: “Nabi SAW apabila berbaring
di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua
tangannya (seperti berdoa), lalu
meniup dan membaca surah al-Ikhlas,
surah al-Falaq, surah an-Nas,
kemudian baginda menyapukan
tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya
dan bahagian depan daripada
badannya, Baginda melakukannya
sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi) Selain
itu sebelum tidur baginda
menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah
mengingatkan umatnya bahawa
syaitan sering mengganggu manusia
ketika tidur. Oleh itu kita dianjurkan
supaya mengamalkan solat witir
setiap kali sebelum tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di
tengah malam pula, baginda akan
membasuh muka dan kedua belah
tangan sebelum baginda tidur semula.
Berkenaan dengan cara tidur pula,
Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda
juga pernah tidur terlentang dengan
cara meletakkan satu kaki di atas
yang lain sebagaimana maksud hadis
di atas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment