“Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (QS at-Taubah /9: 105).
Nonton iklan bentar ya...!!!
Wednesday, 8 February 2012
Kisah Pendeta Yang Insaf
Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali
Allah yang terkenal keramat dan
dimakbulkan segala doanya oleh
Tuhan. Beliau pernah menceritakan
suatu peristiwa yang pernah
dialaminya. Katanya, “Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi
Mekah tanpa kendaraan dan kafilah.
Pada suatu kali, tiba-tiba aku tersesat
jalan dan kemudian aku berhadapan
dengan seorang rahib Nasrani
(Pendeta Kristian).” Bila dia melihat aku dia pun berkata,
“Wahai rahib Muslim, bolehkah aku
bersahabat denganmu?” Ibrahim segera menjawab, “Ya,
tidaklah aku akan menghalangi
kehendakmu itu.” Maka berjalanlah Ibrahim bersama
dengannya selama tiga hari tanpa
meminta makanan sehinggalah rahib
itu menyatakan rasa laparnya
kepadaku, katanya, “Tiadalah ingin
aku memberitakan kepadamu bahawa aku telah menderita
kelaparan. Kerana itu berilah aku
sesuatu makanan yang ada padamu.”
Mendengar permintaan rahib itu,
lantas Ibrahim pun bermohon kepada
Allah dengan berkata, “Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku,
janganlah engkau memalukan aku di
hadapan seteru engkau ini.” Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-
tiba turunlah setalam hidangan dari
langit berisi dua keping roti, air
minuman, daging masak dan tamar.
Maka mereka pun makan dan minum
bersama dengan senang sekali. “Sesudah itu aku pun meneruskan
perjalananku. Sesudah tiga hari tiada
makanan dan minuman, maka di kala
pagi, aku pun berkata kepada rahib
itu, “Hai rahib Nasrani, berikanlah ke
mari sesuatu makanan yang ada kamu. Rahib itu menghadap kepada
Allah, tiba-tiba turun setalam
hidangan dari langit seperti yang
diturunkan kepadaku dulu.” Sambung Ibrahim lagi, “Tatkala aku
melihat yang demikian, maka aku pun
berkata kepada rahib itu – Demi
kemuliaan dan ketinggian Allah,
tiadalah aku makan sehingga engkau
memberitahukan (hal ini) kepadaku.” Jawab rahib itu, “Hai Ibrahim, tatkala
aku bersahabat denganmu, maka
jatuhlah telekan makrifah
(pengenalan) engkau kepadaku, lalu
aku memeluk agama engkau.
Sesungguhnya aku telah membuang- buang masa di dalam kesesatan dan
sekarang aku telah mendekati Allah
dan berpegang kepada-Nya. Dengan
kemuliaan engkau, tiadalah dia
memalukan aku. Maka terjadilah
kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan seperti
ucapanmu (kalimah syahadah).” “Maka sucitalah aku setelah
mendengar jawapan rahib itu.
Kemudian aku pun meneruskan
perjalanan sehingga sampai ke Mekah
yang mulia. Setelah kami mengerjakan
haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika,
rahib itu tiada kelihatan olehku, lalu
aku mencarinya di masjidil haram,
tiba-tiba aku mendapati dia sedang
bersembahyang di sisi Ka’bah.” Setelah selesai rahib itu
bersembahyang maka dia pun
berkata, “Hai Ibrahim, sesungguhnya
telah hampir perjumpaanku dengan
Allah, maka peliharalah kamu akan
persahabatan dan persaudaraanku denganmu.” Baru saja dia berkata begitu, tiba-tiba
dia menghembuskan nafasnya yang
terakhir yaitu pulang ke rahmatullah.
Seterusnya Ibrahim menceritakan,
“Maka aku berasa amat dukacita di
atas kepergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian,
kafan dan pengebumiannya. Apabila
malam aku bermimpi melihat rahib itu
dalam keadaan yang begitu gagah
sekali tubuhnya dihiasi dengan
pakaian sutera yang indah.” Melihatkan itu, Ibrahim pun terus
bertanya, “Bukankah engkau ini
sahabat aku kemarin, apakah yang
telah dilakukan oleh Allah terhadap
engkau?” Dia menjawab, “Aku berjumpa
dengan Allah dengan dosa yang
banyak, tetapi dimaafkan dan
diampunkan-Nya semua itu kerana
aku bersangka baik (zanku) kepada-
Nya dan Dia menjadikan aku seolah- olah bersahabat dengan engkau di
dunia dan berhampiran dengan
engkau di akhirat.”
Begitulah persahabatan di antara dua
orang yang berpengetahuan dan
beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan. Walaupun
salah seorang dahulunya beragama
lain, tetapi berkat keikhlasan dan
kebaktian kepada Allah, maka dia
ditarik kepada Islam dan mengalami
ajaran-ajarannya.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment