“Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (QS at-Taubah /9: 105).
Nonton iklan bentar ya...!!!
Sunday, 19 February 2012
Ulama’ Akhir Zaman
Diriwayatkan daripada Abdullah bin
Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah
mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Allah tidak akan mengambil kembali
ilmu (agama) dengan mengambilnya
dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan
kematian para ulama hingga tidak
bersisa, lalu orang ramai akan
mengambil orang-orang bodoh
sebagai pemimpinnya yang apabila
orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan
jawapan-jawapan yang tidak
didasarkan kepada ilmu. Maka mereka
akan berada dalam kesesatan dan
menyesatkan orang lain.” (al-Bukhari) Huraian: Islam adalah satu-satunya agama di
dunia yang sangat mendorong
umatnya untuk menuntut ilmu. Ulama
adalah orang yang sangat memahami
permasalahan agama dan mereka
merupakan orang yang mendalami ilmu. Di zaman ini, hampir tiada lagi
ulama’ yang mempunyai penguasaan
ilmu yang pelbagai melainkan hanya
yang pernah belajar beberapa bidang
ilmu tetapi hanya menguasai satu atau
dua cabang ilmu sahaja. Berbeza dengan zaman lampau, orang
yang disebut sebagai ulama’ adalah
mereka yang menguasai dengan
“ahli” banyak cabang-cabang ilmu.
Dengan perkataan lain golongan
ulama’ semakin lama semakin kurang. Justeru, dengan waktu yang semakin
singkat di akhir zaman ini ditambah
dengan kesibukan dan kelalaian kita
sendiri dalam mengurus waktu
marilah kita sama-sama mengkaji dan
mengambil ilmu daripada mereka kerana kehidupan tidak akan berjalan
dengan tertib tanpa bimbingan
daripada para ulama’. Namun kenyataannya juga bahawa
hari ini ramai orang yang tidak
menyedari situasi tersebut hingga
mereka mengatur kehidupan dunia
mengikut cara mereka sendiri tanpa
merasa perlu melibatkan golongan ulama untuk meminta pandangan
mahupun nasihat. Ulama dipinggirkan
bahkan dianggap sebagai kelompok
yang tidak mengetahui
perkembangan zaman dan hanya
berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata. Akibatnya timbul
sikap menolak dan meremehkan
golongan ulama dan keterlibatan
mereka di dalam urusan keduniaan. Justeru tidak hairanlah akan ada
manusia yang menjadikan golongan
yang jahil dan bodoh sebagai
pemimpin mereka hingga akhirnya
membawa kemusnahan dan
mengundang kecelakaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment