Nonton iklan bentar ya...!!!

Monday 7 March 2011

fadilah membaca al qur'an

Fadhilat Membaca Al-Qur’an
Membaca al-Qur’an adalah seafdhal-afdhal ibadat
sehingga disebut bahawa al-Qur’an itu akan
datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat
bagi orang yang membacanya, sebagaimana
riwayat Abu Umamah yang maksudnya :
“Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah oleh kamu al-
Qur’an, sesungguhnya (al-Qur’an) itu datang
pada hari qiamat menjadi syafaat kepada
pembacanya. ”
(Hadis riwayat Muslim)
Amatlah rugi bagi orang-orang yang kurang
gemar membaca al-Qur ’an kerana Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam banyak menyebut
dalam hadis-hadis Baginda tentang faedah dan
fadhilat memebaca al-Qur ’an itu, antaranya;
1.Pembaca al-Qur’an dinaungi dengan payung
rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan
diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan
kewaspadaan. Disebutkan dalam hadis
riwayat Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu,
bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam yang maksudnya :
“Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah
daripada rumah-rumah Allah (masjid) yang
membaca al-Qur ’an dan saling mempelajarinya
antara mereka melainkan diturunkan ke atas
mereka ketenangan, diselubungi rahmat, di
kelilingi para malaikat rahmat dan Allah
mengingati mereka pada siapa di sisiNya. ”
(Hadis riwayat Muslim)
2.Pembaca al-Qur’an dikurniakan hatinya dengan
cahaya oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan
dipeliharaNya dari kegelapan. Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang
maksudnya :
“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Sesiapa yang mendengar satu ayat
daripada Kitab Allah Ta‘ala (al-Qur’an) ditulis
baginya satu kebaikan yang berlipat ganda.
Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya
di hari qiamat. ”
(Hadis riwayat Ahmad)
3.Pembaca al-Qur’an diumpamakan seperti buah
utrujah yang harum bau dan enak rasanya.
Disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Anas Radhiallahu ‘anhu yang
maksudnya :
“ Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Perumpamaan orang beriman yang membaca
al-Qur’an seperti perumpamaan buah al-utrujah
iaitu buah yang berbau harum dan enak rasanya.
Perumpamaan orang beriman yang tidak
membaca al-Qur’an adalah seperti perumpamaan
buah tamar, rasanya manis tetapi tidak ada
baunya. Perumpamaan orang berbuat dosa
(maksiat) yang membaca al-Qur’an adalah seperti
ar-raihanah yang berbau harum tapi pahit
rasanya. Perumpamaan orang berbuat dosa
(maksiat) yang tidak membaca al-Qur’an adalah
seperti buah al-hanzhalah iaitu buah yang pahit
rasanya dan tidak ada baunya. Perumpamaan
mendampingi orang yang salih adalah seperti
mendampingi pemilik minyak wangi, sekalipun
engkau tidak terkena minyaknya engkau tetap
mendapat harumnya. Perumpamaan
berdamping dengan teman yang jahat adalah
seperti mendampingi orang yang menggunakan
ububan (alat menghembus api), jika engkau tidak
terkena hitamnya (daripada percikan api), namun
engkau tetap terkena asapnya.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
4.Pembaca al-Qur’an, tiada bergundah hati dan
terlepas dari kesusahan-kesusahan di hari
kiamat, kerana dia sentiasa dalam
pemeliharaan dan penjagaan Allah.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis
riwayat Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang
maksudnya :
“Daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam,
Baginda bersabda: “Al-Qur’an datang pada hari
qiamat lalu ia (al-Qur’an) berkata: “Wahai Tuhanku
hiasilah dia (pembaca al-Qur’an)!, maka dia dihiasi
dengan mahkota kemuliaan.”
Kemudian ia berkata: “Wahai Tuhanku tambahlah
lagi! Maka dia ditambahi dengan hiasan-hiasan
kemuliaan. ”
Ia berkata lagi: “ Wahai Tuhanku redhailah dia!
Maka dia diredhai.”
Berkata ia pada pembaca al-Qur’an: “Bacalah al-
Qur’an dan naiklah (pada tangga-tangga syurga)
dan ditambahi pada setiap satu ayat satu
kebaikan. ”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
5.Pembaca al-Qur’an memperolehi kemuliaan dan
diberi rahmat kepada ibu bapanya. Sabda
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang
maksudnya :
“Sesiapa yang membaca al-Qur’an dan beramal
dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua
ibubapanya mahkota di hari qiamat. Cahayanya
(mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di
rumah-rumah dunia. Kalaulah yang demikian itu
matahari berada di rumah kamu (dipenuhi
dengan sinarannya), maka apa sangkaan kamu
terhadap yang beramal dengan ini (al-Qur’an).”
(Hadis riwayat Abu Daud)
6.Pembaca al-Qur’an memperolehi kedudukan yang
tinggi dalam syurga. Bersabda Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya
:
“Dikatakan kepada pembaca al-Qur’an: “Bacalah
(al-Qur’an), naiklah (pada darjat-darjat syurga)
dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau
membacanya dengan tartil di dunia.
Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga
kadar akhir ayat yang engkau baca. ”
(Hadis riwayat Ahmad)
Home Fadhilat Membaca Al-Qur’an

No comments: