Nonton iklan bentar ya...!!!

Monday 6 June 2011

Cinta I

Lalu berkatalah Almitra, Bicaralah
pada kami perihal Cinta.
Dan dia mengangkatkan kepalanya
dan memandang? ke arah kumpulan
manusia itu, dan keheningan
menguasai mereka. Dan dengan suara lantang dia berkata:
Pabila? cinta menggamitmu, ikutlah ia
Walaupun jalan-jalannya sukar dan
curam
Pabila ia mengepakkan sayapnya,
Engkau serahkanlah dirimu kepadanya
Walaupun pedang yang tersisip pada
sayapnya akan melukakan kamu.
Pabila ia berkata-kata
Engkau percayalah kepadanya
walaupun suaranya akan menghancurkan mimpimu
seperti angin utara yang
memusnahkan taman-taman
kerana sekalipun cinta
memahkotakan kamu
Ia juga akan mengorbankan kamu walaupun ia menyuburkan dahan-
dahanmu
ia juga mematahkan ranting-
rantingmu
walaupun ia memanjat dahanmu yang
tinggi dan mengusap ranting-rantingmu
yang gementar
dalam remang cahaya matahari
ia juga turun ke akar-akarmu
dan menggoncangkannya dari perut
bumi Seperti seberkas jagung
ia akan mengumpulmu untuk dirinya
membantingkanmu sehingga engkau
bogel
mengayakkanmu sehingga terpisah
kamu dari kulitmu mengisarkanmu sehingga engkau
menjadi putih bersih
mengulimu agar kamu mudah
dibentuk
dan selepas itu membakarmu di atas
bara api agar kamu menjadi sebuku roti yang
diberkati
untuk hidangan kenduri Tuhanmu
yang suci
Semua ini akan cinta lakukan
kepadamu supaya engkau memahami rahsia
hatinya
dan dengan itu menjadi wangi-
wangian kehidupan
tetapi seandainya di dalam
ketakutanmu engkau hanya mencari kedamaian
dan nikmat cinta
maka lebih baiklah engkau membalut
dirimu
yang bogel itu
dan beredarlah dari laman cinta yang penuh gelora
ke dunia gersang yang tidak
bermusim
di sana engkau akan ketawa
tetapi bukan tawamu
dan engkau akan menangis tetapi bukan dengan air matamu
Cinta tidak memberikan apa-apa
melainkan dirinya
dan tidak mengambil apa-apa
melainkan daripada dirinya
cinta tidak mengawal sesiapa dan cinta tidak boleh dikawal sesiapa
kerana cinta lengkap dengan
sendirinya
Dan pabila engkau bercinta
engkau tidak seharusnya berkata
“kejadian adalah hatiku,” sebaliknya berkatalah:
“aku adalah kejadian” Dan janganlah engkau berfikir
engkau boleh menentukan arus cinta
kerana seandainya cinta
memberkatimu
ia akan menentukan arah
perjalananmu Cinta tiada nafsu melainkan dirinya
tetapi seandainya kamu bercinta
dan ada nafsu pada cintamu itu
maka biarlah yang berikut ini menjadi
nafsumu;
menjadi air batu yang cair membentuk anak-anak sungai
yang menyanyikan melodi cinta
pada malam yang gelap gelita
untuk mengenal betapa pedihnya
kemesraan
untuk merasa luka kerana engkau kini mengenali cinta
dan rela serta gembira
melihat darah dari lukanya
untuk bangun pada waktu fajar
dengan hati yang lega
dan bersyukur untuk satu hari lagi yang terisi cinta
untuk beristirehat ketika matahari
remang
untuk mengingati kemanisan cinta
yang tidak terperi
untuk kembali ke rumahmu ketika air mati
dengan rasa kesyukuran di dalam hati
dan dalam tidurmu berdoalah untuk
kekasihmu
yang bersemadi di dalam hatimu
dengan lagu kesyukuran pada bibirmu
(Dari ‘Sang Nabi’)

No comments: