Nonton iklan bentar ya...!!!

Saturday 25 June 2011

Dasyatnya hari kiamatdan Padang Mahsyar

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan
telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yang lain.
Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya
“Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan
keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg
Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,
tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas
seluruh makhluk hidup semula di atas
bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata
tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yang kembang
membesar dari biji benih. ✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada
ketika itu hati mereka sangat takut
dan bimbang tentang nasib & masa
depan yang akan mereka hadapi
kelak. ✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti
guruh yang menghalau manusia, jin
dan binatang ke tempat perhimpunan
besar. Bergeraklah mereka
menggunakan tunggangan (bagi
yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan
berjalan dengan muka (bagi yang
banyak dosa). Ketika itu, ibu akan
lupakan anak, suami akan lupakan
isteri, setiap manusia sibuk
memikirkan nasib mereka. ✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan
dihapuskan cahayanya, lalu mereka
tinggal dalam kegelapan tanpa
cahaya. Berlakulah huru-hara yang
amat dahsyat. ✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih
kepada Allah SWT. Seluruh makhluk
terkejut melihat saiz malaikat yang
besar dan suaranya yang
menakutkan. ✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan
matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika
matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi
kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga
peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000
tahun. ✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-
Kausar yang mengandungi air yang
hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin
akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.
Kolam ini berbentuk segi empat tepat
sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi,
warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga. ✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali
7 golongan yang mendapat
teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata “Aku takut pada Allah ”. ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah. ✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa
melainkan mereka yang beriman,
kemudian mereka terdengar suara
“pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan
manusia ini berjumpa dengan Nabi
Adam tetapi usaha mereka gagal
kerana Nabi Adam a.s menyatakan
beliau juga ada melakukan kesalahan
dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi
Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa
a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya
memberikan sebab seperti Nabi Adam
a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa
Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah
1000 tahun perjalanan. ✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT.
Lalu diperkenankan doa baginda. ✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk
kerana mereka sangka azab akan
turun. Lalu terbelah langit, turunlah
arasy Tuhan yang dipikul oleh 8
orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu
tahun) sambil bertasbih dengan suara
yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. ✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung
bulat) yang mempunyai 4 batang
tiang yang sentiasa dipikul oleh 4
orang malaikat yang besar dan gagah.
Dalam bahasa mudah ia seumpama
istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di
dalamnya. Ia dilingkungi embun yang
menghijab cahayanya yang sangat
kuat. ✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4
orang malaikat yang sangat besar.
Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang .
Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak dihadapan
istana. ✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut.
Lalu dimulakan timbangan amal.
Ketika itu berterbanganlah kitab
amalan masing-masing turun dari
bawah Arasy menuju ke leher
pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka
dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan
ini telah ditulis oleh malaikat
Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. ✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.
Orang kafir & munafik beratur
bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda
mereka tersendiri untuk dibezakan. ✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW,
dan amalan yang pertama kali dihisab
adalah solat. Sedangkan hukum yang
pertama kali diputuskan adalah
perkara pertumpahan darah. ✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu
diserahkan, lalu pemiliknya
mengambil dengan tangan kanan
bagi orang mukmin dan dengan
tangan kiri jika orang bukan mukmin. ✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu
Neraca Timbangan. Saiznya amat
besar, mempunyai satu tiang yang
mempunyai lidah dan 2 daun. Daun
yang bercahaya untuk menimbang
pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. ✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak
ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang. ✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata,
kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-
dalih dan hujah tipuan. Semua akan di
adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. ✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada
orang ramai untuk menuntut hak
masing-masing dari makhluk yang
sedang dibicara sehinggalah seluruh
makhluk berpuas hati dan
dibenarkannya menyeberangi titian sirat. ✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari
neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada
keizinan Allah SWT.) ✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada
para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari
mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain. ✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul
Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar
jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang
mukmin ia akan dilebarkan dan
dimudahkan menyeberanginya. ✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun
mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya
seperti kilat, seperti angin,
menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat
melepasinya disebabkan api neraka
sentiasa menarik kaki mereka, lalu
mereka jatuh ke dalamnya. ✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk
yang lalu. Setiap 1000 orang yang
meniti sirat, hanya seorang sahaja
yang Berjaya melepasinya. 999 orang
akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin
karangan Syeikh Zainal Abidin
Muhammad Al- Fathani. Pustaka
Nasional Singapura 2004

No comments: