Nonton iklan bentar ya...!!!

Wednesday 22 June 2011

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK

Firman Allah yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan
tenteram hati mereka dengan zikrullah,
ketahuilah hanya dengan mengingati
Allah itu, tenang tenteramlah hati
manusia.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28) Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-
elektrik yang melibatkan sekumpulan
saraf yang dipertanggungjawabkan
untuk melakukan tugas-tugas tertentu
bagi membolehkan ia berfungsi
dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang
membentuk otak ini berinteraksi
dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan
kefahaman atau ilmu yang kita peroleh
adalah natijah daripada aliran interaksi
bio-elektrik yang tidak terbatas. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir
dengan mengulangi kalimat-kalimat
Allah, seperti Subhanallah, beberapa
kawasan otak yang terlibat menjadi
aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu
aliran bio-elektrik di kawasan-
kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang
kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah
aktif dan turut menambah tenaga bio-
elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang
sangat aktif ini mempengaruhi
kumpulan saraf yang lain untuk turut
sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara
keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru,
melihat dari sudut perspektif berbeza
dan semakin kreatif dan kritis, sedang
sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara
tidak langsung mempengaruhi hati
untuk melakukan kebaikan dan
menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan
terhadap subjek ini dimuatkan dalam
majalah Scientific American, keluaran
Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti
Washington dan ujian ini dilakukan
melalui ujian imbasan PET yang
mengukur kadar aktiviti otak manusia
secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan
diberikan satu senarai perkataan
benda. Mereka dikehendaki membaca setiap
perkataan tersebut satu persatu dan
mengaitkan perkataan-perkataan
dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas
mereka, beberapa bahagian berbeza
otak mempamerkan peningkatan
aktiviti saraf, termasuk di bahagian
depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini
mengulangi senarai perkataan yang
sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf
otak merebak pada kawasan lain dan
mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru
diberikan kepada mereka, aktiviti saraf
kembali meningkat di kawasan
pertama. Ini sekali gus membuktikan secara
saintifik bahawa perkataan yang
diulang-ulang seperti perbuatan
berzikir, terbukti meningkatkan
kecergasan otak dan menambah
kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam,
ketika saintis Barat baru menemui
mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah
lama mengamalkannya dan menerima
manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih
memandang enteng kepentingan
berzikir dan mengabaikannya

No comments: