Nonton iklan bentar ya...!!!

Wednesday 22 June 2011

SEDIKIT KETERANGAN MENGENAITAUHID RUBUBUYYAH

Kalimah tauhid membawa pengertian
mengetahui, berikrar, mengakui dan
mempercayai bahawa sesungguhnya
sembahan yang benar dan berhak
disembah ialah Allah Subhanahu Wa
Ta’ala (SWT) semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak
benar dan tidak berhak disembah.
Penghayatan kalimah itu meliputi
berikrar dengan hati, menyatakan
dengan lidah dan membuktikan
dengan perbuatan. Pengertian tauhid terbahagi kepada :- a) Tauhid ar-Rububiyyah bermakna
beri’tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan
sekelian alam. b) Tauhid al-Uluhiyyah pula bermakna
menjadikan Allah SWT sahaja sebagai
sembahan yang sentiasa dipatuhi. # artikel ini saya fokuskan kepada
penemuan sains tentang Tauhid
Rububiyyah. FITRAH MENGAKUI RUBUBIYYAH ALLAH Berikrar dan mengakui akan
Rububiyyah Allah adalah suatu perkara
yang dapat diterima. Hakikat ini
terlintas dalam setiap fitrah manusia.
Meskipun seseorang itu kafir, namun
jauh di lubuk hatinya tetap mengakui Rububiyyah Allah SWT. Firman Allah
SWT: “Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka?
Nescaya mereka menjawab: Allah. ” (Az- Zukhruf: 87) “Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta langit dan
bumi? Nescaya mereka menjawab:
Semuanya diciptakan oleh Yang Maha
Perkasa dan Yang Maha
Mengetahui.”(Az-Zukhruf: 9) "Bukan aku ini tuhanmu ? Betul
engkau Tuhan kami,Kami menjadi
Saksi." ( Al-Araf : 172 ) Tidaklah susah untuk membuktikan
Rububiyyah Allah SWT. Fitrah setiap
insan adalah buktinya. Manusia yang
mensyirik dan mengkufurkan Allah
juga mengakui ketuhanan Allah Yang
Maha Pencipta. AL-QURAN MENGAKUI ADANYA TAUHID
ar-RUBUBIYYAH DI DALAM JIWA
MANUSIA Al-Quran mengingatkan bahawa fitrah
atau jiwa manusia memang telah
memiliki rasa mahu mengakui Allah
Rabb al-’Alamin. Firman Allah SWT: “Berkata rasul-rasul mereka: Apakah terdapat keraguan terhadap Allah,
Pencipta langit dan bumi.” (Ibrahim: 10) “Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka)
pada hal hati mereka meyakini
(kebenaran)nya.”(An-Naml: 14) Keengganan dan keingkaran
sebahagian manusia untuk mengakui
kewujudan Allah sebagai al-Khaliq
(Yang Maha Pencipta), sebenarnya
didorong oleh perasaan sombong,
degil (‘inad) dan keras hati. Hakikatnya, fitrah manusia tidak boleh kosong
daripada memiliki perasaan mendalam
yang mengakui kewujudan al-Khaliq. Jika fitrah manusia bersih daripada
sombong, degil, keras hati dan selaput-
selaput yang menutupinya, maka
secara spontan manusia akan terus
menuju kepada Allah tanpa bersusah
payah untuk melakukan sebarang pilihan. Secara langsung lidahnya akan
menyebut Allah dan meminta
pertolongan daripada-Nya. Telatah manusia, apabila berada di
saat-saat genting, tidak akan terfikir
dan terlintas sesuatu di hatinya kecuali
Allah sahaja. Ketika itu segenap
perasaan dan fikirannya dipusatkan
kepada Allah semata-mata. Benarlah Firman Allah SWT: “Dan apabila mereka dilambung ombak yang besar seperti gunung,
mereka menyeru Allah dengan
keikhlasan kepada-Nya, maka ketika
Allah menyelamatkan mereka lalu
sebahagian daripada mereka tetap
berada di jalan yang lurus. Dan tiada yang mengingkari ayat-ayat Kami
selain golongan yang tidak setia lagi
ingkar.” (Luqman: 32) Sesungguhnya permasalahan
mengenai kewujudan Allah adalah
mudah, jelas, terang dan nyata.
Kewujudan Allah terbukti dengan dalil
yang banyak dan pelbagai. KAJIAN SAINS Pada tahun 1997, sekumpulan saintis
pakar saraf dari Universiti California di
San Diego yang diketuai oleh Dr.
Vilayanur Ramachandaran telah
berjaya menemui satu saraf kecil di
dalam otak manusia yang mampu ber­ tindak balas terhadap aspek agama
dan ketuhanan. Saraf tersebut akan
menjadi lebih utuh sekiranya
dirangsang untuk terus mengingati
Tuhan. Penyelidikan ini dikenali
sebagai 'God Spot' atau 'God Module'. Tidak dinafikan bahawa dunia melihat
penemuan ini sebagai sesuatu yang
menakjubkan. Apapun, adalah tidak
menghairankan jika fungsi saraf ini
telah ditemui. Terbukti Tuhan telah men­
ciptakan manusia dengan kemampuan fizikal (saraf) untuk kita sentiasa ingat
dan tunduk pada-Nya. Bahkan di
dalam kitab suci Al-Quran sendiri, Allah
SWT pernah berfirman : "Kami akan memperlihatkan kepada
mereka tanda-tanda
(kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan
pada diri mereka sendiri, sehingga
jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran
itu adalah benar " (QS Fussilat : 53) Untuk mendapatkan kupasan lebih
lanjut berkenaan `God Spot' ini, Majalah
i telah menemu bual pakar pengimejan
diagnostik dari Hospital Tengku
Ampuan Rahimah, Klang, Dr. Suraiya
Ibrahim. Merujuk kepada penyelidikan Dr. V
Ramachandran itu, Dr. Suraiya menjelas­
kan bahawa bidang sains 'neurotheolo­
gy'merupakan satu perkembangan
yang masih baru. Antara lain bidang ini
mempelajari tentang neurobiologi. saraf manusia yang bertindak balas
dengan aspek keagamaan, mengenal
pasti saraf spiritual otak dan juga untuk
menerangkan bagaimana ritual agama
memberi kesan kepada perilaku
manusia. Sebelum. itu marilah kita mengenal pasti fungsi otak terlebih
dahulu. Otak adalah organ paling kompleks
yang ada di dalam tubuh manusia. Otak
dianugerahkan oleh Tuhan dengan tu­
juan untuk membezakan manusia de­
ngan haiwan dan ciptaan-ciptaan Tu­
han yang lain. Di dalam otak manusia, terdapat 100 bilion neuron (saraf sel).
Manakala trilion saraf lagi menghubung­
kan serat yang dipanggil sinapses. Otak
manusia mampu menyimpan 100 ribu
fakta dalam satu-satu masa dan berjuta­
juta fakta sepanjang hayatnya. KAEDAH KAJIAN " GOD SPOT " Sebelum kajian ini dijalankan, para
pesakit epilepsi atau sawan (temporal
lobe epilepsy) melaporkan bahawa
mereka begitu kuat mengingati Tuhan
sebaik sahaja mereka serangan sawan
berlaku. Mereka mengaku bahawa mereka berasa lebih dekat dengan
Tuhan dan seolah olah mendapat
petunjuk semasa mereka berada dalam
keadaan tidak sedarkan diri. Situasi
tersebut telah menarik minat penyelidik
hinggalah membawa kepada kajian tentang 'God Spot'. Kajian ini telah melibatkan dua ke­
lompok manusia sebagai tujuan per­
bandingan kajian. Kumpulan pertama
merupakan pesakit sawan dan yang ke­
dua pula ialah golongan yang
beragama misalnya paderi, 'nun, sami Budda dan termasuk alim ulama dari
agama Islam. Kajian dijalankan dengan
kaedah teknikal mereka iaitu EEG, fMRI
dan PET Scan. Semasa sedang diuji, tindak balas otak
mereka telah direkodkan. Para testi­
moni ini telah ditunjukkan beberapa
siri perkataan yang merujuk kepada
agama dan ketuhanan sepanjang
kajian. Hasilnya, para pesakit epilepsi dan kumpulan agama ini menunjukkan
tindak balas saraf yang sama sebaik
mereka memikirkan tentang Tuhan
dan kepercayaan. Dengan erti kata lain,
'God Spot' bertindak sama seperti
antena yang memandu kita untuk berfikir tentang ketuhanan. Hasil kajian akhirnya mendapati tidak
kiralah sama ada seseorang itu percaya
kepada agama mahupun tidak, ia
sebenarnya bergantung kepada sejauh
mana saraf ini digunakan dan
diperkembangkan. Dengan itu, sebaik sahaja manusia
melangkahkan kaki ke tempat ibadah
yang suci sama ada masjid atau gereja,
perasaan ingin menghambakan diri
dan ingin menjunjung Tuhan sentiasa
mengisi hati mereka. Sesetengah saintis mengatakan itulah tindakan 'God Spot;
atau pusat spiritual yang terkandung di
dalam otak manusia. Tuhan meletakkan saraf 'God Spot' di
dalam otak manusia kerana itu adalah
pilihan-Nya sebagai salah satu cara un­
tuk Dia berhubung dengan hamba-
Nya. Dan kita sebagai hamba boleh
memperkembangkan lagi saraf ini jika kita mahu lebih mengenali dan
memahami tentang Tuhan. Memetik inspirasi daripada ayat Al­
Quran, Dr-Suraiya menjelaskan bahawa
'God Spot' haruslah diperkembangkan
dengan sempurna bagi mereka yang
mencintai agama. Manakala bagi
mereka yang tidak mahu memperkembangkan fungsi saraf 'God
Spot' ini, mereka akan dikatakan
sebagai pekak, bodoh dan bu­
ta'Summun Bukmunn Ummyunn'. Allah swt berfirman :
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu
mengeluarkan keturunan anak-anak
Adam dari sulbi mereka dan Allah
mengambil kesaksian terhadap jiwa
mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab:
"Betul (Engkau Tuhan kami), kami
menjadi saksi." (Kami lakukan yang
demikian itu) agar di hari kiamat kamu
tidak mengatakan: "Sesungguhnya
kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan
Tuhan)",surah Al A ’raf ayat 172.

No comments: