Nonton iklan bentar ya...!!!

Monday 27 June 2011

Remaja Dan Cinta ..( Fitrah Yang Menjadi Fitnah )

Remaja dan cinta - dua perkara yang
bagaikan sudah sebati. rasa cinta
bertandang di dalam jiwanya tanpa
diundang. Keinginan itu tidak payah
dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan
cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba
dilawan, namun rasa "ajaib" itu
datang jua. Apalagi kalau cinta itu
disuburkan, maka makin marak dan
menggilalah jadinya. Bila cinta
mencengkam diri, makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya.
Sedemikian indah dan damainya
syurga, namun Nabi Adam a.s. berasa
kesunyian dan inginkan teman. Lalu
Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang
rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa
terpisah dan gelisah selagi tidak
bersama dengan yang dicintai. Rasa Cinta Tak Salah
Lalu hati remaja selalu berkata,
apakah salah kami bercinta? Ya, rasa
cinta memang tak salah. Ia adalah
fitrah semulajadi yang Allah kurniakan
kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia
memerlukan cinta seperti jasadnya
perlukan makanan. Oleh kerana cinta
adalah fitrah, maka tentulah tidak
salah merasainya. Namun Allah tidak
kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta
peraturan cinta demi menjaga
kemurniannya. Peraturan inilah yang
kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah
tetapi kesalahan selalu berlaku
sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang
menafikan peraturan Allah. Ketika itu
fitrah telah menjadi fitnah. Bila
kehendak semulajadi tidak-disalurkan
atau diisi mengikut peraturan maka
akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Mengapakah perlu ada peraturan
cinta? Jawabnya, kerana Allah
mencintai manusia. Allah inginkan
keselamatan dan kesejahteraan buat
manusia melaksanakan keinginan
fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan
banyak kemusnahan. Begitulah
hubungan cinta yang terlarang, akan
membawa banyak implikasi negatif
dalam kehidupan.Pengalaman sudah
pun mengajar kita jangan sekali-kali bermain cinta,nanti terbakar diri.
Sudah banyak tragedi yang berlaku
akibat hubungan cinta yang
membelakangkan Allah.Cinta yang
terlarang adalah cinta yang sudah
dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta
yang sudah tercemar ini tidak tahan
lama. Sudah dapat yang dihajati,
sudah terlaksana apa yang dikejar,
cinta akan terkulai dan bersepai. Hubungan cinta jangan dicemari oleh
sebarang tindakan menyalahi
syariat.Lebih banyak pelanggaran
hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku.
Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan
sumpah setia. Jangan kita mabuk
dengan rindu dan asyik yang
membuai dan melenakan. Seteguk
kita minum dari dari cinta terlarang,
racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.Pada ketika
itulah cinta dikatakan buta. Maka
butalah mata hati dan mata kepala
hingga seseorang akan menjadi
hamba kepada siapa yang dicintainya,
Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri
pada Pencipta cinta kerana terlalu
asyik dengan cinta yang dikurniakan-
Nya Bagaimanakah perasaan
agaknya, jika seseorang begitu leka
dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan
pemberinya? Pohon Cinta Terlarang Allah kerap dipinggirkan dalam
hubungan cinta yang terlarang.
Hukum-Nya dilanggar bukan dengan
rasa bersalah tetapi dengan rasa
manis dan megah.Tangan kekasih
dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara
lelaki dan wanita yang bukan
muhram. Tergamak berdua-duaan di
tempat sunyi walaupun sudah
diperingatkan Nabi bahawa dalam
keadaaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itupun banyak yang
berlaku. Semuanya seolah-olah halal
hanya kerana cinta.Racun-racun
berbisa yang memusnahkan cinta
telah dianggap sebagai baja. Akhirnya
pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan
memabukkan. Buah yang muncul
dengan pelbagai jenama yang aneh
dan menjijikkan - bohsia, bohjan,
buang bayi dan zina. Ketika itu
indahkah cinta? Peraturan cinta bagi tanda-tanda dan
lampu isyarat di atas jalan raya.Kereta
diciptakan dengan kuasa untuk
bergerak, tetapi pergerakkannya
perlu diatur dan dikawal. Jika tidak,
dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan.
Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi
kuasa itu perlukan peraturan dan
kawalan. Apakah peraturan-
peraturan dalam hubungan cinta?
Hendaklah cinta kita berdasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta yang
kita berikan kepadanya semata-mata
kerana mengharapkan keredhaan
Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu
kita niatkan dengan fitrah itu boleh
menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun, tetapi pastikan
cinta itu dapat memudahkan kita
mencintai Allah. Sehubungan dgn itu,
cinta antara lelaki dan perempuan
mestilah diniatkan untuk Allah.
Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk
berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki dan
perempuan menyempurnakan
agamanya. Oleh itu, usahlah bercinta
sekadar utk bersuka-suka. Lebih buruk lagi jgnlah ada niat-niat yg jahat
dalam bercinta sama ada didorong
oleh hasutan nafsu atau pujukan
syaitan. Jika tidak ada niat utk
berkahwin, cinta sudah pasti bukan
kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yg akan
membawa kemusnahan. Cinta jenis ini
seburuk namanya -Cinta Monyet!
Putus Cinta Hendaklah dipastikan semasa
menjalin hubungan cinta tidak ada
hukum Allah yg dilanggar. Antaranya,
tidak ada pergaulan bebas, tidak ada
pendedahan aurat, tidak ada
pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa
dan lain-lain. Hubungan cinta jgn
sampai terjerumus dalam perkara yg
melalaikan dan merugikan. Maka,
remaja tidak senarusnya mengeluh ,
"Cinta apa namaya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton,
surat cinta, sentuhan tangan,
kerlingan dan senyuman? Yakinlah, tidak ada keindahan dengan
melanggar peraturan Allah. Putus
cinta dan kecewa bercinta yg begitu
dominan dalam kehidupan remaja
adalah disebabkan racun-racun cinta
yg disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yg gagal disambung
di alam perkahwinan dan lebih
banyak putus tanpa sempat
menempuh perkahwinan. Allah Maha
Mengetahui dan Maha Menyayangi.
Segala peraturan-Nya dibuat dgn rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya.
Cinta suci mampu tumbuh tanpa
semua itu tanpa semua itu. Dan cinta
itu pasti akan membawa ke gerbang
perkahwinan untuk bercinta lagi
dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdir-Nya, cinta itu
akan terus bersambung ke alam
akhirat, suami yang soleh dan isteri
yang solehah akan bercinta lagi di
syurga. Ketika itulah fitrah akan
menjadi anugerah. Jaga Iman, Hiasi Amal Wassalam

No comments: