Nonton iklan bentar ya...!!!

Wednesday 22 June 2011

teori kerekahan besar dan Hari kiamat

Al Quran telah membicarakan tentang
hari kiamat dengan gambaran yang
amat mengerikan. Allah berfirman :
Apabila bumi digoncangkan dengan
goncangannya yang dahsyat, dan
bumi telah mengeluarkan beban- beban berat yang dikandungnya, dan
manusia bertanya: “Mengapa bumi jadi begini?” (Az Zalzalah : 1-3). Allah berfirman lagi tentang hari
kiamat : Pada hari itu manusia seperti
anai-anai yang bertebaran, dan
gunung-gunung seperti bulu yang
dihambur-hamburkan (Al Qaariah :
4-5). Pada hari kiamat, semua manusia yang
telah mati akan dibangkitkan kembali
dalam bermacam-macam keadaan
seperti digambarkan didalam Al Quran : " Pada hari itu manusia keluar dari
kuburnya dalam keadaan yang
bermacam-macam supaya
diperlihatkan kepada mereka balasan
pekerjaan mereka " (Az Zalzalah : 6). Pada hari ini, hari kiamat bukanlah
sekadar teori yang digambarkan oleh
sebahagian ahli-ahli sains tetapi
mereka meyakininya! !! Hari kiamat bermaksud berakhirnya
alam semesta yang maha luas ini. Ahli-
ahli fizik dan kosmologi menyatakan
keadaan berakhirnya alam semesta ini
sebagai teori kerkahan besar (The Big
Crunch). Ahli-ahli fizik telah lama menyedari
bahawa alam semesta ini sentiasa
berkembang seperti sebiji belon yang
ditiupkan oleh seseorang. Mereka
mendapati galaksi-galaksi yang jauh
saling bergerak menjauhi antara satu sama lain dengan kadarnya yang
semakin pantas. Pada tahun 1998, ahli-ahli astronomi
telah mengkaji supernova-supernova
yang jauh dan mendapati alam semesta
semakin bergerak pantas
mengembang. Mereka mengatakan
terdapat sesuatu yang dipanggil tenaga hitam (Dark Energy) yang
menyebabkan proses penolakan alam
semesta. Sekaligus ia menyebabkan
alam semesta mengembang dengan
kadar yang semakin pantas. Didalam teori tenaga hitam, proses
pengembangan alam semesta
dikatakan didorong oleh suatu medan
yang disebut “scalar field”. Bahkan sejurus sahaja letupan besar berlaku
medan inilah dikatakan menjadi faktor
utama yang mendorong
pengembangan alam semesta.
Keadaan sejurus selepas berlakunya
letupan besar (Big Bang) dinamakan sebagai infiniti. Teori ini telah di bangunkan oleh
seorang pengkaji fizik yang bernama
Andrei Linde dari Universiti Standford.
Mengikut sesetengah ahli sains, kadar
pengembangan alam semesta akan
menjadi semakin perlahan sehingga mencapai suatu tahap yang dinamakan
sifar (zero). Walaupun begitu mereka
mempercayai alam semesta tetap lagi
mengalami proses pengembangan
selepas keadaan sifar. Namun teori ini
mempunyai kelemahannya. Mengikut Andrei Linde, alam semesta
bukan sahaja akan berhenti proses
pengembangannya sehingga
mencapai ke tahap sifar, tetapi akan
mewujudkan situasi yang dipanggil
infiniti minus berdasarkan teori fizik kuantum. Keadaan infiniti minus (minus
infinity) akan menyebabkan
pengembangan alam semesta menjadi
sebaliknya iaitu pengecutan dan
menyebabkan fenomena ruang dan
masa mengalami keruntuhan yang total. Berdasarkan kajian sains, alam semesta
pada ketika ini berumur dalam
lingkungan 14 bilion tahun dan
kemungkinan fenomena ini akan
berlaku dalam jangkamasa 10 hingga
20 bilion tahun lagi. Ini bermaksud manusia pada hari ini berada ditengah-
tengah zaman kehancuran alam
semesta! Sesetengah teori kosmologi
menyatakan apabila berlakunya
keadaan infiniti minus maka fenomena
masa dan graviti akan berlaku secara
berlawanan. Ini bermaksud masa akan
kembali ke belakang dan graviti akan mempunyai daya yang bertentangan.
Ahli-ahli fizik seperti Michael Berry,
Thomas Gold, dan Stephen Hawking
adalah penyokong kepada teori ini.. Allah swt berfirman : a) " Yaitu pada hari Kami gulung langit
sebagai menggulung lembaran-
lembaran kertas. Sebagaimana Kami
telah memulai penciptaan pertama
begitulah Kami akan
mengulanginya" (Al Anbiyaa : 104). Proses pengembalian masa ke
belakang ini seumpama sebuah pita
rekod yang merakamkan segala
sejarah dan peradaban manusia. b) " Dan pada hari itu kamu lihat tiap-
tiap ummat berlutut. Tiap-tiap ummat
dipanggil untuk melihat buku catatan
amalnya. Pada hari itu kamu diberi
balasan terhadap apa yang telah kamu
kerjakan" (Al Jaatsiyah : 28). Daya bertentangan graviti semasa
berlakunya proses pengecutan alam
semesta akan menyebabkan kesemua
objek berjisim ditarik ke atas. Keadaan
ini akan menyebabkan gempa bumi
yang maha hebat dan gunung-ganang akan mengalami proses penarikan ke
atas. c) " Maka apabila sangkakala ditiup
sekali tiup dan diangkatlah bumi dan
gunung-gunung, lalu dibenturkan
keduanya sekali bentur " (Al Haaqqah :
13-14). Proses keterbalikan graviti akan
menyebabkan bumi memuntahkan
segala isinya. Kesemua kandungan
seperti larva yang panas dilapisan
bawah bumi akan ditarik ke atas oleh
kuasa graviti. d) " Pada hari ketika langit menjadi
seperti luluhan perak dan gunung-
gunung menjadi seperti bulu yang
beterbangan " (Al Maarij : 8-9). Hari kiamat mampu dijelaskan melalui
kaedah sains dan pada hari ini semakin
ramai pengkaji yang meyakininya. Al
Quran menjelaskan tiada sesiapapun
yang mengetahui bilakah berlakunya
hari kiamat. Namun kejadiannya dapat dijelaskan didalam teori kerkahan
besar.

No comments: