Nonton iklan bentar ya...!!!

Wednesday 22 June 2011

MANUSIA DAN AKAL YANG TERBATAS

Dahulu diperkenalkan Intelligent
Quotient oleh Alfred Binet - iaitu untuk
menjadi seorang yang berjaya perlulah
mempunyai daya pemikiran yang
tinggi. Bijak, mempunyai daya taakulan
yang baik, cepat berfikir dalam menyelesaikan masalah. Dan
daripadanya dibuat banyak ujian-ujian
yang berkaitan untuk mengetahui
tahap IQ seseorang. Antaranya,
Stanford-Binet, WISC-R, Raven's
Progressive Matrices, Cattell Culture Fair III dan jika tidak dapat menjawab atau
mencapai markah yang ditetapkan
maka kemungkinan besar ada masalah
dari segi mental orang yang mengikuti
ujian tersebut samada ia cacat otak
atau sebagainya. Nampaknya ia digunakan secara
meluas antaranya di dalam mencari
kerjaya, di dalam soalan bertulis
sebelum ke sesi temuduga yang
kadangkala sebenarnya belum tentu
menunjukkan IQ individu tersebut, bahkan ada soalan soalan yang
diberikan amat bercanggah dengan
kebiasaan tatasusila masyarakat timur
sebagaimana yang digunapakai oleh
orang barat. Seterusnya apabila IQ manusia
diperkenalkan dan mendapat banyak
kritikan serta keputusan yang tidak
boleh digunakan untuk mewakili IQ
seseorang individu. Didapati seseorang
yang mempunyai IQ yang tinggi tidak semestinya mempunyai hubungan baik
sesama manusia, serta kajian
mendapati IQ yang tinggi juga tidak
menunjukkan bahawa seseorang itu
mampu mengawal emosinya dengan
baik. Kedapatan, orang yang mempunyai IQ yang tinggi, hidupnya
tidak normal, dan ramai menjadi gila
kerana tidak mempunyai kawalan
emosi yang mantap. Lalu muncul pula teori hasil dari kajian
Wayne Payne's iaitu Emotional Quotient.
Betapa hebatpun seseorang yang
mempunyai Intelligent Quotient tetapi
sekiranya ia mempunyai Emotional
Quotient yang rendah - kemungkinan besar ia mempunyai emotional
disorder! Yang boleh membawa
kepada Mental Disorder. FITRAH MANUSIA MENCARI TUHAN Apapun fitrah manusia sebenarnya
akan kembali jua kepada pencipta -
maka manusia akan berterusan
mencari Tuhan. Bila dikaji dan terus
mengkaji, walaupun di situ ada
kehebatan IQ dan keseimbangan EQ, tanpa kekuatan jiwa akan rosak jua
kedua-duanya. Maka terhasil pula di
dalam pemikiran mereka SQ
diperkenalkan oleh Dana Zohar Ian
Marshall- iaitu Spiritual Quotient yang
menghubungkan kepandaian akal, keseimbangan emosi dengan
kekuatan ruhaniyyah. Dengan adanya
agama maka manusia mempunyai
akhlak, mempunyai nilai. Akal yang
hebat, mempunyai motivasi, empati dan
hubungan baik dengan manusia tetapi tiada panduan dan matlamat hidup.
Tidak ketahuan halanya. Di dalam satu kajian yang dibuat pada
tahun 1990 oleh neuropsychologist
iaitu Michael Persinger dan neurologist
V.S. Ramachandran di University of
California membawa kepada
penemuan di bahagian otak di mana manusia cenderung untuk memikirkan
tentang Tuhan. Dan begitulah - sememangnya setiap
kajian yang hanya bersandar pada akal
semata-mata akan selalu berubah-
ubah. Kadang-kadang terdorong
dengan nafsu, ditipu daya syaitan. Kini - marilah kita kembalikan diri
kepada mengenali wahyu yang
datangnya dari ALLah kepada
utusanNya Muhammad RasuluLLah. Al
Quran mengajar kita mengenal Dia,
menyembahNya. Mengajar kita mengenal diri sebagai hamba,
mengajar kita agar tidak
mempersekutukanNya, beribadah
kepadaNya. Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman,
bertaqwalah kamu kepada ALlah
dengan sebenar-benar taqwa dan
janganlah kamu mati melainkan dalam
Islam. Dan berpegang teguhlah kamu
kepada tali ALlah (agama Islam( dan janganlah kamu bercerai berai, dan
kenanglah nikmat ALlah kepada Kamu
ketika kamu bermusuh-musuhan
(semasa jahiliah), lalu ALlah
menyatukan antara hati-hati kamu
sehingga dengan itu kamu bersaudara dan dahulu kamu telah berada di
jurang neraka disebabkan kekufuran
kamu, lalu ALlah selamatkan kamu
daripada neraka itu. Demikian ALlah
menjelaskan kepada kamu ayat-ayat
keteranganNya supaya kamu mendapat hidayah
Surah Ali Imran: 102-103 Islam yang diredhai - memandu akal
manusia untuk menjadi bijak dengan
acuan melalui al Quran dan Sunnah,
Islam mengajar tentang akhlaq dalam
setiap inci kehidupan. Cukuplah di
dalam Islam itu sendiri yang dibawa oleh Nabi Muhammad melalui wahyu
yang diturunkan oleh Allah sudah
mengandungi IQ, EQ dan SQ. Allah telah berfirman yang bermaksud : Wahai sekalian manusia, beribadahlah
kepada Tuhan kamu yang telah
mencipta kamu dan orang-orang yang
terdahulu daripada kamu supaya kamu
(menjadi orang yang) bertaqwa. Dialah
yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit sebagai
bangunan (yang dibina dengan
kukuhnya) dan diturunkan hujan dari
langit, lalu dikeluarkannya dengan air
itu berbagai-bagai jenis buah-buahan
yang menjadi rezki bagi kamu. Maka janganlah kamu mengadakan bagi
ALlah sekutu padahal kamu
mengetahu bahawa ALlah ialah tuhan
yang Maha Esa.
(Surah al Baqarah : 21-22)

No comments: