Nonton iklan bentar ya...!!!

Monday 27 June 2011

Demi cinta pd allah swt...

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi
seperti dahulu. Sentiasa mengingati
Allah, sentiasa takut akan azab-Nya,
sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan
sentiasa jaga batas pergaulan. Dia
yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan
membenarkan mana-mana tangan
lelaki menyentuh dirinya. Namun, takala dia merasakan dirinya
cukup bahagia dengan hidayah Allah,
Allah menguji dirinya. Allah
menghadirkan dirinya dengan
seorang lelaki yang menuntut balasan
cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam
rindu dan madah-madah cinta yang
sebelum ini tidak pernah meneroka
hati dan jiwanya. Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia
lupa itu bukan caranya. Dia alpa.
Hatinya sudah tidak seperti dahulu.
Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka.
Rindu si nafsu yang mengwar-warkan
kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan
juga dia tidak sedar bahawa
ketenangan hati yang pernah
dianugerahkan oleh Allah semakin
menjauhi. Dia menutup kesedaran itu
dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka. Dia sudah jauh dari hidayah Allah.
Imannya rapuh, syaitan menari-nari
tatkala dia membenarkan tangan
rakus si jejaka menyentuh dirinya
bersama alunan syahdu janji kekasih.
Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka
adalah suaminya. Tidakkah dia takut dengan dosa atau
dengan azab Allah?. Ya, dia sedar
tetapi separa sedar. Rasa sayangnya
pada jejaka itu mulai melebihi
segalanya. Namun, syukur pada Allah,
Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya.
Saat dirinya berutus cinta, dia masih
lagi solat, dia tidak lupa
tanggungjawabnya. Namun mungkin
solatnya masih tidak sempurna lalu
robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia. Allamdullilah. Allah menurunkan
hidayah pada dirinya. Di saat jejaka
menyepikan diri seketika, dirinya
dilanda rasa berdosa. Mengingati
kembali dosa-dosa yang dilakukan,
mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia
bangun untuk bersolat taubat.
Menangislah dirinya sepuas-puasnya.
Dia memohon petunjuk pada Allah,
dia ingin kembali, kembali atas cinta.
Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad
untuk berubah. Namun hatinya sedikit
takut akan janji Allah. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya.” Apa yang patut dia lakukan kini. Dia
mula merasakan dia bukan dari
kalangan wanita yang baik-baik.
Tidak layak untuk sesiapa. Dia
menutup pintu hatinya seketika dari
cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya
yang pasang surut. Sehingga
ditakdirkan Allah untuk dirinya
bertemu dengan seseorang yang
mencintainya kerana Allah. “Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan,
berikan ku kecerdasan akal untuk
sentiasa berfikir tentang kuasaMu,
hulurkan pertolonganMu di saat-saat
aku hampir tewas, sinarkan nur
hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan
kepadaMu.”

No comments: