Nonton iklan bentar ya...!!!

Wednesday 22 June 2011

SEKS YANG HALAL & HARAM

Manusia mempunyai nafsu serta
kehendak dan Islam datang untuk
menyalurkan nafsu dan kehendak itu
ke arah kebaikan, melalui
perkahwinan. Menerusi perkahwinan,
jimak atau seks menjadi halal dan melakukannya berdasarkan batas-
batas syariat dianggap sebagai ibadah.
Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah di
dalam hadis yang bermaksud, "Sahabat-sahabat Nabi bertanya, 'Ya
Rasulullah, adakah jika salah seorang
daripada kami memuaskan nafsu
syahwatnya secara halal, dia diganjari
pahala?' Bersabda Nabi Muhammad,
`Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru,
jika kamu melakukannya secara halal
kamu memperoleh pahaW." (Riwayat
Muslim) Ibn Qaiyim Al-Jauziyah berkata dalam
Tibbun Nabawi, "Tabib-tabib yang
mahir berpandangan jimak adalah di
antara cara yang terbaik untuk
memelihara kesihatan seseorang." Dari sudut spiritual, di antara
kemanfaatan jimak ialah, ia memelihara
penglihatan dari melihat sesuatu yang
haram, memelihara nafsu, menjauhkan
seseorang daripada perbuatan haram
dan dengan itu mendatangkan kemanfaatan bagi diri, dunia serta
akhiratnya. Kemanfaatan yang sama
juga akan diperoleh oleh para isteri.
Seks yang mendatangkan kepuasan
yang maksimum ialah yang berasaskan
kasih sayang dan kemesraan dan tidakhanya wujud di dalam bentuk
hubungan fizikal. Sehubungan dengan
ini Allah berfirman di dalam Al-Quran: "Di antara tanda kebesaran Allah ialah,
Dia menjadikan bagimu jodoh daripada
jenis manusia sepertimu agar kamu
berasa tenteram bersamanya dan
dijadikamNya di antaramu perasaan
kasih sayang dan betas kasihan." (Surah Ar-Rum ayat 21) BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001
melaporkan, komunikasi dua hala
yang baik adalah penting untuk
menghasilkan seks yang bermanfaat,
dan untuk mencapainya, empat
ramuan komunikasi perlu dihayati di dalam hidup iaitu kemesraan, saling
faham memahami, keterbukaan dan
bertolak ansur. CARA PERLAKUAN SEKS YANG
DIHALALKAN Islam mengizinkan seseorang
melakukan persetubuhan mengikut
cara ataupun kedudukan yang
digemarinya, namun memuaskan nafsu
melalui saluran dubur atau anal sex
adalah dilarang. Allah berfirman, "Isterimu adalah kebun bagimu maka
datangilah kebunmu dengan cara
mana. yang kamu mahu." (Surah Al-
Baqarah ayat 223) Wahyu ini diturunkan berhubung
dengan sahabat Omar Al-Khattab yang
menyetubuhi isterinya mengikut
saluran biasa tetapi dari belakang,
lantas beliau berasa takut dan terus
menemui Nabi menceritakan tentang apa yang berlaku. Tidak berapa lama
selepas itu, ayat ini pun diturunkan dan
Nabi terus berkata kepada Omar, "Bersetubuhlah dari hadapan atau pun
dan belakang asalkan tidak dilakukan
pada waktu haid dan tidak melalui
dubur." (Riwayat Ahmad) Berhubung dengan persetubuhan
melalui dubur, ia dianggap sebagai
satu dosa besar. Nabi bersabda, "Allah tidak mahu melihat kepada lelald
yang mendatangi lelaki ataupun wanita
di duburya." (Riwayat Tarmuzi) Mengikut Dr. Adilah Ahmat, seorang
Pakar Sakit Puan, dubur mengandungi
banyak kuman (daripada najis) yang
berpotensi memasuki aliran darah dan
menyebabkan jangkitan teruk. Pada
bukaan dubur, ada struktur seperti injap (sfinkter) yang mengawal
pembukaan dan penutupannya
sewaktu membuang air besar. Sfinkter ini tidak seperti faraj, ia tidak
bersedia mengembang dan mudah
koyak serta kekal rosak. Koyakan
(fisur) ini boleh mengundang jangkitan
kuman daripada lubang usus ke dalam
aliran darah seseorang. Pasangan lelakinya juga berpotensi
dijangkiti kuman ke kemaluannya atau
ke dalam pundi kencingnya. Ini
bukanlah amalan yang sihat. Ia juga
haram dalam Islam. SEKS YANG HALAL DAN KESIHATAN Kajian menunjukkan ketika syahwat
memuncak, badan seseorang
mengeluarkan bahan-bahan kimia
seperti endorphins yang berfungsi
mencegah kesakitan dan
mendatangkan ketenangan. Di samping itu sentuhan di antara suami
isteri merangsang pengeluaran bahan
oxytocin yang menghasilkan rasa
tenang dan damai. Mengikut kajian yang dilakukan oleh
Majlis Penyelidikan Sains Manusia
seperti yang disebutkan dalam
News24.com, bertarikh 12 Februari
2001, sentuhan juga merangsang
pengeluaran hormon serotonin yang meningkan daya ketahanan badan dan
sekali gus mencegah seseorang dari
dijangkiti penyakit. Seks juga berfaedah untuk kesihatan
jantung. Dr. Paul Pearsall, Pengarah
Perubatan Perlakuan atau Behavioural
Medicine di Hospital Beaumont di
Detroit, di dalam bukunya Sexual
Healing berpendapat, kesihatan jantung tidak hanya bergantung
kepada pemakanan, senaman dan
genetik, malah ia juga bergantung
kepada. Kesihatan emosi dan sosial. Kajian
beliau menunjukkan ketidakpuasan di
dalam hubungan seks sering kali
mengaakibatkan serangan sakit
jantung di samping penyakit-penyakit
yang lain seperti pening migraine dan radang sendi. LARANGAN SERTA BAHAYA SEKS KETIKA
HAID Islam menghararnkan seks ketika
waktu haid Hukum ini dijelaskan oleh
Allah melalui firman-Nya, "Mereka bertanya kepadamu tentang
haid. Katakanlah, haid adalah kotoran.
Justeru, hendaklah kamu tidak
menyetubuhi wanita ketika haid
sehinggalah mereka suci
daripadanya." (Surah Al-Baqarah ayat 222) Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang menyetubuhi wanita
yang sedang haid ataupun
menyetubuhi wanita di saluran
dubumya ataupun mendatangi tukang
tenung nasib dan mempercayainya,
sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke' atas
Muhammad." (Riwayat Ahmad dan
Tarmuzi) Imam Al Ghazali merumuskan hukum
ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan
berkata, "Janganlah suami
menyetubuhi isteri yang sedang haid
dan juga jangan sesudah haid sebelum
mandi wajib, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran." Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari
Kumpulan Penyelidikan dan
Pendidikan yang beribu pejabat di
Oregon, risiko jangldtan kuman HIV
meningkat dikalangan wanita yang
mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak
berkhatan. Pusat Pengawalan dan Pencegahan
Penyakit (CDC) di Amerika, pada
Perhimpunan kesebelas Pertubuhan
Antarabangsa Berhubung Penyakit
Penyakit Jangkitan Seksual di New
Orleans pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid
ataupun ketika mengalami pendarahan
di bahagian faraj adalah penting untuk
mengurangkan risiko dijangkiti kuman
HIV bagi lelaki dan wanita. Laporan itu
juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika
haid meningkatkan risiko dijangkiti
AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga
bolehmengakibatkan pendarahan
yang teruk ke atas wanita. Kajian yang
dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan
rakan-rakannya dari Institut Athena
Bagi KesihatanWanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang
hampir putus haid atau
perimenopausal, yang kerap
mengadakan hubungan seks ketika
haid sering kali mengalami masalah
pendarahan yang teruk daripada biasa. Kebiasaannya kes-kes seperti ini
akhirnya terpaksa menjalani
pembedahan berisiko tinggi untuk
membuang rahim atau hysterectomy
dan ovari atau ovariectomy. Penemuan
ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and
Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian
dan ovan mereka boleh diserang
kuman bakteria sehingga
menyebabkan keputihan, sakit dan
demam yang kuat. Risiko untuk menghidap penyakit ini
adalah tinggi di kalangan mereka yang
melakukan hubungan seks ketika
haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya
tiub fallopian dan ovari dilindungi
daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj
atau vagina. Ketika haid, kawasan faraj
menjadi alkali justeru memudahkan
kuman untuk membiak dan
mendatangkan penyakit terutamanya
jika berlaku persetubuhan ketika itu. SEKS BEBAS DAN PENYAKIT JANGKITAN
SEKSUAL Nabi Muhammad saw bersabda, "Wahai Muhajirin, lima bala akan
ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa
agar kamu tidak ada ketika bala ini
menimpa satu di antaranya ialah,
apabila zina zahir di dalam masyarakat
secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang
belum pemah menjangkitimu akan
menyerangmu ketika itu." (Riwayat Ibn
Majah, Al-Baihaqi dan AlBazzar) Penyakit-penyaldt jangkitan Seksual
atau STD (sexually transmitted
diseases) kerap menjangkiti individu
melalui hubungan seks rambang. Lebih
kurang dua puluh jenis penyaldt dari
kumpulan ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea,
genital herpes, genital wart,
trichomoniasis, bacterial vaginosis,
infeksi cytomegalovirus, infeksi
chlamydia dan yang paling berbahaya
ialah AIDS. Penyakitpenyakit ini sering kali
menyebabkan maut. Di Amerika sahaja
ia menjangkiti 13 juta manusia setahun
dan majoritinya ialah dari kalangan
kaum wanita. Kos yang diperlukan
untuk merawat dan mencegahnya menjangkau $10 bilion. Kesemua ini menunjukkan ajaran Islam
sememangnya relevan sampai ke hari
Kiamat. Justeru, rugilah mereka yang
mengutamakan hawa nafsu serta
mengabaikan landasan Islam yang
sememangnya saintifik lagi menyihatkan. * Penulis adalah Pengarah Urusan
Danial Zainal Consultancy, pengamal
perubatan selama 20 tahun dan
penulis buku. Beliau boleh dihubungi
melalui E-Mail: dzcs)lifa@ streamymcom.

No comments: