Nonton iklan bentar ya...!!!

Tuesday 17 May 2011

30 fadilah sholat sunnah tarawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.)
daripada Rasulullah S.A.W., sebagai
jawapan dari pertanyaan sahabat-
sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat
(kelebihan) sembahyang sunar
terawih pada bulan Ramadan : Malam 1 - keluar dosa-dosa orang
mukmin pada malam pertama
sepertimana ia baru dilahirkan,
mendapat keampunan dari Allah. Malam 2 - diampunkan dosa-dosa
orang mukmin yang sembahyang
terawih serta kedua ibubapanya
(sekiranya mereka orang beriman) Malam 3 - berseru Malaikat di bawah
‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus
semoga Allah mengampunkan dosa
engkau. Malam 4 - memperolehi pahala ia
sebagaimana pahala orang-orang
yang membaca kitab-kitab Taurat,
Zabur, Injil dan Al-Quran. Malam 5 - Allah kurniakan baginya
pahala seumpama orang sembahyang
di Masjidilharam, Masjid Madinah dan
Masjidil Aqsa. Malam 6 - Allah kurniakan pahala
kepadanya pahala Malaikat-malaikat
yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap
batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah
mengampunkan dosa-dosa orang
yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini. Malam 7 - Seolah-olah ia dapat
bertemu dengan Nabi Musa serta
menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman. Malam 8 - Allah mengurniakan pahala
orang sembahyang terawih
sepertimana yang telah dikurniakan
kepada Nabi Allah Ibrahim
‘Alaihissalam. Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan
dinaikkan mutu ibadat hambanya
seperti Nabi Muhammad S.A.W. Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan
di dunia dan di akhirat. Malam 11 - Keluar ia daripada dunia
(mati) bersih daripada dosa seperti ia
baharu dilahirkan. Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat
dengan muka yang bercahaya
(cahaya ibadatnya). Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat
dalam aman sentosa daripada tiap-
tiap kejahatan dan keburukan. Malam 14 - datang Malaikat
menyaksikan ia bersembahyang
terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat. Malam 15 - Semua Malaikat yang
menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya. Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada
neraka dan dimasukkan ke dalam
Syurga. Malam 17 - Allah kurniakan orang
yang berterawih pahalanya pada
malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba
Allah sesungguhnya Allah telah redha
kepada engkau dan ibubapa engkau
(yang masih hidup atau mati) Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga
Firdaus. Malam 20 - Allah kurniakan
kepadanya pahala sekelian orang
yang mati syahid dan orang-orang
solihin. Malam 21 - Allah binakan sebuah
istana dalam Syurga daripada nur. Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat
aman daripada tiap-tiap dukacita dan
kerisauan (tidaklah dalam keadaan
huru-hara di Padang Masyar). Malam 23 - Allah Subhanahuwataala
binakan kepadanya sebuah bandar di
dalam Syurga daripada nur. Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa
yang mustajab bagi orang berterawih
malam ini, (elok sekali berdoa ketika
dalam sujud) Malam 25 - Allah Taala angkatkan
daripada siksa kubur. Malam 26 - Allah kurniakan kepada
orang berterawih pahala pada malam
ini seumpama 40 tahun ibadat. Malam 27 - Allah kurniakan orang
berterawih pada malam ini
ketangkasan melintas atas titian
Sirotolmustaqim seperti kilat
menyambar. Malam 28 - Allah Subhanahuwataala
kurniakan kepadanya pahala 1000
darjat di akhirat. Malam 29 - Allah Subhanahuwataala
kurniakan kepadanya pahala 1000
kali haji yang mabrur. Malam 30 - Allah Subhanahuwataala
beri penghormatan kepada orang
berterawih pada malam terakhir ini
yang teristimewa sekali, lalu
berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis
buah-buahan yang engkau ingini
hendak makan di dalam syurga, dan
mandilah engkau dariapda air syurga
yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad
S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

No comments: