Nonton iklan bentar ya...!!!

Saturday 14 May 2011

•♥• Wahai Adam Pemimpin & Hawa Yang Dipimpin •♥•

Wahai adam,
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu
Terlindung 1001 hikmah disebalik
keindahan itu
Janganlah engkau sengaja patah-
patahkan ia Sebaliknya luruskannya dengan penuh
hikmah & sayang.. Wanita akal senipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa
sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan
lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya Apa yang tiada dalam syurga? Namun
adam tetap rindukan hawa.. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk
yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi
seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok,
menghasilkan bayang yang lurus .. Luruskanlah wanita dengan jalan yang
ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu
rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan
darinya Jangan cuba menjinakkan mereka
dengan harta
kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan
kecantikan
kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, zat
yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia .. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia
dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia
dengan akhlak Ingatlah perananmu wahai lelaki
bergelar pemimpin.. Suburkanlah ia kerana dari situlah
nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan
Rabbi
Bisikkan ke telinga mereka bahawa
kelembutan bukan suatu kelemahan Ia bukan diskriminasi Allah...
sebaliknya di situlah kasih dan sayang
Allah
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak
akan menghiburkan Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka
tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Itulah hakikatnya andai wanita tidak
kenal Rabbinya Bila wanita menjadi derhaka
pasti dunia lelaki akan menjadi huru
hara...
Lelaki pula janganlah mengharapkan
ketaatan semata-mata Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi,
pimpinlah diri kepadanya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya
di bawah pimpinanmu Janganlah mengharapkan isteri
semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat
Saidina Ali karamallahuwajhah... Bukankah kamu lelaki punya peranan
besar terhadap hawa!
Lindungilah hawa itu.
Jadilah pemimpin imamnya yang
terbaik.
Lindungilah hawa itu Lunakkan telingamu dan ajarinya
dengan nafas alunan suci Quran...
Alangkah bertuahnya berada di bawah
Nur Islam,
di mana segala kesusahan, kesakitan,
kesedihan, kerinduan, kegelisahan yang dihadapi
dapat diharungi bersama dengan sabar
dan redha
mengkafarahkan dosa-dosa kecil.. Wahai lelaki . . . Wahai adam,
Lindungilah hawa selagi kamu
mampu,bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan
NurNya,bukan menyesatkannya
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya
Jadilah pemimpin imam yang terbaik
buatnya,saling membantu
Hilangkanlah egomu kerna itu api yg
membenamkan nur kebahgiaan
Ingatlah wahai lelaki.. ♥ Wahai lelaki yang punya peranan
besar,
Jika benar kau mencintainya maka
cintailah dia sepenuh hatimu.. jika
benar kau kasih dan cintakan wanita
itu, jagalah dia dengan baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah
kasih sayang padanya, nasihatilah dia,
bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan
kesilapannya, bersabar dengannya,
terimalah kekurangannya, jadi
imamnya dan redhalah padanya.. Moga dia menunggumu di SYURGA
SEBGAGAI BIDADARIMU

No comments: