Nonton iklan bentar ya...!!!

Saturday 14 May 2011

Istri soleha 2

Wanita solehah itu aurat dijaga
Pergaulan dipagari
Sifat malu pengikat diri
Seindah hiasan di dunia ini
Keayuan wanita solehah itu, tidak
terletak pada kecantikan wajahnya Kemanisan wanita solehah, tidak
terletak pada kemanjaannya
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya yang
mengoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali ... Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal
orang lain
Tapi pada perjuangannya
meningkatkan martabat agama
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak
permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas
kemajuan dan kekebalannya dalam
ilmu serta pandai dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya
Itupun seandainya hati itu bersih untuk
menilai .... Wahai wanita jangan dibangga dengan
kecantikan luaran
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk
di telan zaman
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan
dalaman Agar diri ini bersih dan sentiasa
mendapat Rahmat Ilahi
Wahai wanita jangan berbangga
dengan ilmu duniawi yang kau kuasai
Kerna ada lagi manusia yang lebih
berpengetahuan darimu Wahai wanita jangan pula berdukacita
atas kekurangan dirimu
Kerna ada lagi insan yang lebih malang
darimu
Wahai wanita solehah jangan dirisau
akan jodohmu Kerana muslimin yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita hanya
kerana kecantikannya Bersyukurlah Diatas Apa Yang Ada .....

No comments: